Background Image
Previous Page  66 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 66 / 130 Next Page
Page Background

bakat-bakat terbaik daripada sektor awam dan swasta

bagi kolaborasi strategik serta berkongsi pengalaman

dan kepakaran. Pelaksanaan program ini adalah

secara dua (2) hala iaitu pegawai sektor Kerajaan akan

ditempatkan ke sektor GLC/MNC/BB dan pegawai sektor

GLC/MNC/BB akan ditempatkan ke Sektor Kerajaan.

Bagi tahun 2014, untuk Sesi 2015/2016, seramai 16 orang

pegawai telah dipilih untuk meneruskan program ini

iaitu 10 orang pegawai dari Sektor Kerajaan ke Sektor

GLC/MNC/BB dan 6 orang pegawai dari Sektor GLC/MNC/

BB ke Sektor Kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa,

JPA turut mengambil inisiatif dan menyokong seruan

Kerajaan dalam membantu pelaksanaan dasar-dasar

kepada rakyat.

MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH

PERKHIDMATAN AWAM BAGI URUSAN

PEMANGKUAN/ KENAIKAN PANGKAT

Sebanyak lapan Majlis Amanat bersama Ketua

Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam sempena penyampaian surat pemangkuan

dan kenaikan pangkat kepada 1,907 pegawai skim

perkhidmatan gunasama telah dilaksanakan seperti

berikut:

Di samping pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah

Teras Strategik JPA, pelbagai aktiviti dan program

turut dilaksanakan. Antara program dan aktiviti yang

berlangsung sepanjang tahun 2014 seperti berikut:

PROGRAM PENEMPATAN SILANG

a) Kementerian Luar Negeri (PCF-KLN) Sesi

2015/2018

Program PCF-KLN iaitu, program penempatan silang

antara Sektor DalamNegeri dan Sektor Luar Negeri telah

dilaksanakan sejak tahun 1992 melibatkan seramai

44 orang pegawai. Bagi tahun 2014, seramai 10 orang

pegawai telah dipilih untuk mengikuti program ini.

Ia bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman

kepada pegawai berkaitan pelaksanaan dasar-dasar

Kerajaan, meningkatkan kemahiran komunikasi,

networking

serta latihan perundingan di peringkat

antarabangsa.

b) Syarikat Berkaitan Kerajaan/ Syarikat

Multinasional/ Badan Berkanun (PCF-GLC/

MNC/BB) Sesi 2015/2016

ProgramPCF-GLC/MNC/BBmerupakanmodul latihandan

pembangunan modal insan bermatlamat untuk menarik