PELAKSANAAN 1SERVE
A.
KEPIMPINAN DAN BUDAYA ORGANISASI
Untuk membentuk budaya gemilang berteraskan pencapaian dan nilai-nilai murni, kepimpinan
dan budaya organisasi banyak memainkan peranan. Kepimpinan yang berwibawa akan menjadi
pencetus, penggerak dan peneraju inisiatif-inisiatif perubahan dalam setiap organisasi. Kepimpinan
yang cemerlang akan menjadi teladan untuk generasi tenaga kerja di masa hadapan, dan
seterusnya dijadikan budaya untuk sesebuah organisasi. Budaya sesuatu organisasi merangkumi
seluruh pola perilaku anggota organisasi semasa berinteraksi luaran mahupun dalaman.
1Serve terletak di bawah 3 jawatankuasa yang dipertanggung jawabkan untuk merancang,
merangka, menetapkan dasar, membangunkan plan hala tuju dan melaksanakan dasar yang
ditetapkan. Jawatankuasa tersebut adalah:
1. Jawatankuasa Pemandu 1Serve
2. Jawatankuasa Pelaksana 1Serve
3. Jawatankuasa Kerja 1Serve Peringkat Agensi
37




