Table of Contents Table of Contents
Previous Page  7 / 88 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 7 / 88 Next Page
Page Background

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

& Salam Transformasi.

Kemunculan megatrends baharu global seperti peningkatan ekspektasi rakyat dan

kecanggihan serta kepantasan teknologi maklumat menuntut Perkhidmatan Awam untuk

bergerak tangkas melaksanakan transformasi. Jabatan Perkhidmatan Awam menyedari

hakikat ini lantas memberi respons strategik dengan mengenengahkan Kerangka

Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) yang digerakkan dengan Strategi Lautan Biru

Kebangsaan.

Sebagai memenuhi kehendak pelanggan yang menginginkan penyampaian perkhidmatan

yang lebih fleksibel, efisien dan mesra, JPA telah bertindak menjuarai inisiatif 1Malaysia

Customer Service of Civil Servants

atau 1Serve dengan memeta kanvas pelaksanaannya

melalui gandingan kolaborasi bersama agensi persekutuan dan negeri bagi melahirkan

Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi, dinamik dan berpaksikan rakyat.

Dalam konteks ini, buku 1Serve: Panduan Pelaksanaan di Sektor Awam ini telah

diperkenalkan dan disusun untuk memberikan maklumat yang menyeluruh merangkumi

aspek modal insan, proses dan teknologi mengenai pelaksanaan inisiatif 1Serve di

Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan sesuai dengan matlamatnya untuk melakukan

lonjakan mega terhadap sistem penyampaian perkhidmatan petugas barisan hadapan

sektor awam menerusi pembudayaan 1Serve.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung termasuklah agensi-agensi pelaksana 1Serve dan pemain industri dalam

menghasilkan naskhah panduan ini. Semoga penerbitan ini dapat dijadikan panduan dan

rujukan serta dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh Kementerian/Jabatan/Agensi

Kerajaan agar Perkhidmatan Awam negara terus kekal relevan dan sentiasa tersemat di

hati dan sanubari rakyat.

Sekian, terima kasih.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Malaysia