Pegawai Bertukar Wilayah

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA PEGAWAI BERTUKAR WILAYAH VERSI 1.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan

i KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 TAFSIRAN 2 PELAKSANAAN 2 TARIKH BERKUAT KUASA 3 PEMBATALAN 3 PEMAKAIAN 3 LAMPIRAN I Tafsiran 1-1 LAMPIRAN II Borang Pengisytiharan Wilayah Asal 2-1 LAMPIRAN III Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan 3-1 Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal CERAIAN SR.6.1.1 Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal 4 Lampiran SR.6.1.1 Borang Permohonan Untuk Menggunakan Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal 1-1 Kemudahan Tambang Ihsan CERAIAN SR.6.2.1 Kemudahan Tambang Ihsan 8 Lampiran SR.6.2.1 Borang Permohonan Untuk Menggunakan Kemudahan Tambang Ihsan 1-1 Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Mengurus Pemindahan Barang CERAIAN SR.6.3.1 Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Mengurus Pemindahan Barang 10

ii PERKARA MUKA SURAT Lampiran SR.6.3.1 Borang Permohonan Tambang Mengiringi Jenazah dan Mengurus Pemindahan Barang 1-1 Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 1. LAMPIAN I, Pekeliling Induk SR.6: Pegawai Bertukar Wilayah (9 Okt.2023) Pindaan: TAFSIRAN ‘pegawai’ bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap; Dipinda kepada ‘pegawai’ bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service); (Rujuk Surat Edaran JPA.(S).800-6/1/51(3) bertarikh 9 Oktober 2023)

 1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA PEGAWAI BERTUKAR WILAYAH VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk mengemas kini dan menambah baik peraturan kemudahan tambang yang diperuntukkan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah. LATAR BELAKANG 2. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah diperuntukkan kemudahan Tambang Ihsan, Tambang Mengunjungi Wilayah Asal serta Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang bagi membolehkan pegawai pulang ke wilayah asal atas urusan-urusan tertentu. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blk C1, Komples C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA

 2 3. Kemudahan Tambang Ihsan telah diperuntukkan melalui perenggan 7 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978 dan Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008. Manakala, Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang telah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2019. Penjelasan mengenai kos tambang yang ditanggung Kerajaan pula dinyatakan melalui Surat Edaran JPA(S)133/8/2(82) bertarikh 26 Mei 2010. TAFSIRAN 4. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, tafsiran adalah seperti di Lampiran I. PELAKSANAAN 5. Dasar dan peraturan di bawah Ceraian ini adalah terpakai kepada pegawaipegawai yang bertukar wilayah dengan syarat-syarat seperti berikut: (a) pegawai hendaklah mengisytiharkan wilayah asalnya semasa pertama kali dilantik ke dalam perkhidmatan awam menggunakan Borang JPA (Wilayah Asal) seperti di Lampiran II. Pengisytiharan ini hanya boleh dilakukan sebanyak satu (1) kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan dan direkodkan di dalam Sistem/Buku Rekod Perkhidmatan pegawai; (b) pegawai yang sedang dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa Ceraian ini dan tidak pernah mengisytiharkan wilayah asalnya, pegawai boleh melakukan pengisytiharan apabila pegawai bertukar wilayah. Pemberian elaun dan kemudahan pegawai bertukar wilayah hanya boleh diberikan mulai tarikh pegawai mengisytiharkan wilayah asalnya; (c) pegawai hendaklah melengkapkan borang-borang yang dilampirkan beserta dokumen sokongan bagi tuntutan kemudahan yang berkaitan; dan (d) perbelanjaan kemudahan tambang kapal terbang yang akan ditanggung Kerajaan meliputi keseluruhan kos tambang kapal terbang, termasuk harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang, insurans penumpang dan caj bahan api. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak akan menanggung kos berkaitan tambang kapal terbang yang disebabkan kecuaian atau urusan peribadi seperti penukaran tarikh penerbangan, kos lebihan bagasi dan sebagainya.

 3 6. Pelaksanaan kemudahan tambang bagi pegawai bertukar wilayah diperincikan melalui 3 bahagian seperti berikut: KOD CERAIAN TEMA SR.6.1.1 Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal SR.6.2.1 Kemudahan Tambang Ihsan SR.6.3.1 Tambang Mengiringi Jenazah dan Mengurus Pemindahan Barang 7. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan pengisytiharan wilayah asal pegawai mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan penggunaan kemudahan dicatatkan dalam Sistem/Buku Rekod Perkhidmatan pegawai. 8. Ketua Jabatan juga bertanggungjawab memastikan kelulusan pemberian kemudahan pegawai bertukar wilayah dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuat kuasa dan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan sebagaimana yang telah ditetapkan. TARIKH BERKUAT KUASA 9. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 10. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan seperti di Lampiran III adalah dibatalkan.

 4 PEMAKAIAN 11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 LAMPIRAN I TAFSIRAN ‘bandar utama’ bermaksud: a) Labuan bagi Wilayah Persekutuan Labuan; b) mana-mana lokasi yang mempunyai akses kepada lapangan terbang, termasuk padang terbang bagi Wilayah Sabah dan Sarawak. ‘ibu negeri’ bermaksud Kuala Lumpur, Putrajaya atau ibu negeri bagi negeri-negeri di Wilayah Semenanjung Malaysia; ‘ibu bapa’ bermaksud ibu bapa kandung atau tiri atau angkat yang sah mengikut undang-undang; ‘keluarga pegawai’ bermaksud pasangan dan anak-anak pegawai berumur di bawah 21 tahun yang masih dalam tanggungan pegawai, termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Walau bagaimanapun, bagi anak-anak yang kurang upaya pemikiran atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, had umur di atas tidak terpakai; ‘pasangan’ bermaksud isteri bagi pegawai lelaki atau suami bagi pegawai perempuan, yang sah mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia; ‘pegawai’ bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service); ‘pegawai yang bertukar wilayah’ bermaksud pegawai yang berkhidmat di wilayah selain dari wilayah asalnya dalam keadaan-keadaan berikut: i) pegawai yang berasal dari Sabah dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sarawak atau Labuan; ii) pegawai yang berasal dari Sarawak dan ditempatkan berkhidmat di Sabah, Semenanjung atau Labuan; iii) pegawai yang berasal dari Semenanjung dan ditempatkan berkhidmat di Sarawak, Sabah atau Labuan; atau

 1-2 iv) pegawai berasal dari Labuan dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sabah atau Sarawak. ‘tahun perkhidmatan’ merujuk kepada tempoh pegawai berkhidmat di sesuatu wilayah berkhidmat, bermula dari tarikh lapor diri pegawai di wilayah tersebut; ‘waris’ bermaksud ibu bapa (kandung/angkat/tiri) atau adik-beradik atau saudara rapat pegawai; ‘wilayah’ bermaksud Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Labuan; ‘wilayah asal’ bermaksud: a) wilayah kelahiran ibu bapa pegawai sekiranya ibu dan bapa pegawai lahir di wilayah yang sama; b) wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza; c) bagi pegawai yang ibu bapanya memperolehi taraf penduduk tetap atau warganegara Malaysia, wilayah asal mereka adalah merujuk kepada wilayah tempat tinggal ibu bapa pegawai berkenaan ketika mereka memperolehi Kad Pengenalan Bertaraf Penduduk Tetap atau Sijil Warganegara Malaysia; atau d) kes-kes lain selain yang dijelaskan di perenggan (a) hingga (c) di atas hendaklah dirujuk kepada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan. ‘wilayah berkhidmat’ bermaksud wilayah di mana pegawai ditempatkan/diarahkan bertugas.

 2-1 LAMPIRAN II Borang JPA (Wilayah Asal) BORANG PENGISYTIHARAN WILAYAH ASAL MAKLUMAT PEGAWAI Nama: No. Kad Pengenalan (MyKad): Tempat Lahir Pegawai: MAKLUMAT BAPA PEGAWAI Nama: No. Kad Pengenalan (MyKad/MyPR): Tempat Lahir: MAKLUMAT IBU PEGAWAI Nama: No. Kad Pengenalan (MyKad/MyPR): Tempat Lahir: PEMILIHAN WILAYAH ASAL PEGAWAI Wilayah Asal: Tanda Tangan: KELULUSAN KETUA JABATAN Saya mengesahkan bahawa berdasarkan maklumat di atas, pegawai adalah berasal daripada Wilayah: Semenanjung Sarawak Sabah Labuan Tandatangan: Nama: Tarikh: *Pengisytiharan wilayah perlu disertakan bersama salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa/salinan Kad Pengenalan Bertaraf Penduduk Tetap atau Sijil Warganegara Malaysia/Akuan Bersumpah dan Sijil Kelahiran pegawai

 2-2 Penerangan Mengenai Kaedah Penentuan Wilayah Asal bagi Tujuan Pengisian Borang JPA (Wilayah Asal) Penentuan wilayah asal seseorang pegawai adalah berdasarkan penetapan-penetapan berikut: ‘wilayah asal’ bermaksud: a) wilayah kelahiran ibu bapa pegawai sekiranya ibu dan bapa pegawai lahir di wilayah yang sama; b) wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza; c) bagi pegawai yang ibu bapanya memperolehi taraf penduduk tetap atau warganegara Malaysia, wilayah asal mereka adalah merujuk kepada wilayah tempat tinggal ibu bapa pegawai berkenaan ketika mereka memperolehi Kad Pengenalan Bertaraf Penduduk Tetap atau Sijil Warganegara Malaysia; atau d) kes-kes lain selain yang dijelaskan di perenggan (a) hingga (c) di atas hendaklah dirujuk kepada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan.

 3-1 LAMPIRAN III Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan Bil. Tema PP Yang Dibatalkan 1. Tambang Ihsan Perenggan 7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978: Penyatuan Perkhidmatan Dalam Jawatan Persekutuan Di Sabah dan Sarawak. 2. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal (a) Perkara 17, Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal; dan (b) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008: Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah. 3. Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2019: Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah Dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah.

 4 CERAIAN SR 6.1.1 KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL TUJUAN 1. Ceraian ini telah diperuntukkan kepada pegawai yang bertukar wilayah sebagai suatu kemudahan untuk membolehkan pegawai dan ahli keluarganya mengunjungi wilayah asal pegawai. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal bagi pegawai yang bertukar wilayah telah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008: Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan ini adalah seperti berikut: a) kemudahan tambang perjalanan pergi dan balik disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke mana-mana ibu negeri atau bandar utama di wilayah asal; b) kadar tambang adalah meliputi keseluruhan kos tambang pengangkutan merangkumi harga tiket, cukai lapangan terbang, insurans penumpang dan surcaj bahan api serta tuntutan perjalanan sekiranya pegawai menggunakan kenderaan sendiri. Perbelanjaan lain seperti penginapan, makan dan sebagainya adalah tanggungan pegawai sendiri; c) pegawai hendaklah menggunakan perkhidmatan kapal terbang yang disediakan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) atau syarikat penerbangan lain yang diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; d) pasangan pegawai boleh disediakan tambang mengikut kelayakan pegawai manakala tambang bagi anak pegawai adalah mengikut kelayakan tambang Kelas Ekonomi;

 5 SR 6.1.1 e) kemudahan ini diberi sekali dalam tempoh satu tahun (1) perkhidmatan pegawai di wilayah berkhidmat dan kelayakan pegawai dikira bermula dari tarikh pegawai melapor diri di wilayah berkhidmat. Kemudahan yang tidak digunakan dalam tempoh setahun perkhidmatan akan luput dan tidak boleh dibawa ke tahun perkhidmatan berikutnya; f) pegawai hendaklah berkhidmat selama 6 bulan selepas tarikh lapor diri terlebih dahulu di wilayah berkhidmat bagi membolehkan pegawai menggunakan kemudahan ini pada kali pertama. Kelayakan untuk kali kedua dan seterusnya ialah pada bila-bila masa dalam tahun perkhidmatan berikutnya; g) tempoh pegawai bercuti tanpa gaji atau separuh gaji tidak boleh diambil kira untuk menentukan kelayakan kemudahan ini. Tempoh cuti tersebut hendaklah ditambah kepada tempoh perkhidmatan pegawai untuk menentukan kelayakan kemudahan seterusnya; h) bagi pegawai dan pasangan yang kedua-duanya bertukar wilayah, hanya seorang sahaja layak menggunakan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal untuk membawa keluarga mengunjungi wilayah asal dalam sesuatu tahun. Manakala, pasangannya boleh menggunakan kemudahan tambang tersebut atas kadar bujang berdasarkan tempoh kelayakannya; i) mana-mana pegawai yang diperuntukkan Elaun Balik Kampung dan menggunakan kemudahan tersebut, tidak layak menggunakan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. Walau bagaimanapun, pasangan pegawai boleh menggunakan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal atas kadar bujang dalam tempoh yang sama; j) pasangan atau anak-anak yang tidak mengikut pegawai bertukar wilayah boleh menggunakan tambang ini untuk melawat pegawai, tertakluk pegawai belum menggunakan lagi kemudahan tersebut pada tahun kelayakan; k) pegawai bujang yang pulang ke wilayah asalnya untuk berkahwin dengan menggunakan kemudahan tambang ini, boleh disediakan tambang perjalanan untuk membawa pasangannya ke wilayah berkhidmat mengikut tahun kelayakan; dan

 6 SR 6.1.1 l) permohonan untuk menggunakan kemudahan tambang ini hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran SR.6.1.1. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan di bawah adalah dibatalkan: (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008: Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah; dan (ii) Perkara 17, Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. PEMAKAIAN 5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 Lampiran SR.6.1.1 BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL MAKLUMAT PEGAWAI Nama Pegawai: Jawatan/Gred: Alamat Rumah: Alamat Tempat Berkhidmat: Wilayah Asal: Tarikh Lapor Diri Di Wilayah Berkhidmat: Tarikh Terakhir Kemudahan Digunakan: PERMOHONAN PEGAWAI 1. Saya memohon untuk menggunakan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal bagi: (Sila Tandakan Salah Satu Di dalam Kotak) Diri sendiri ke ibu negeri/bandar utama wilayah asal* Diri sendiri serta pasangan/anak ke ibu negeri/bandar utama wilayah asal* Pasangan/anak ke ibu negeri/bandar utama wilayah asal* Pasangan/anak dari ibu negeri/bandar utama wilayah asal untuk melawat saya di wilayah berkhidmat* 2. Ibu Negeri/Bandar Utama Hendak Dituju: 3. Tarikh Kemudahan Diperlukan:

 1-2 MAKLUMAT PASANGAN Nama : No. Kad Pengenalan : Alamat Tempat Berkhidmat (jika berkenaan): TAMBANG UNTUK AHLI KELUARGA (Sila Gunakan Lampiran Sekiranya Tidak Mencukupi) Bil. Nama Tarikh Lahir Hubungan PENGESAHAN PEGAWAI Saya mengesahkan bahawa segala maklumat seperti di atas adalah benar. Tandatangan: Nama: Tarikh: KEPUTUSAN KETUA JABATAN Lulus/ Tidak Lulus Tandatangan: Nama: Tarikh: * Catatan: Potong yang mana tidak berkenaan

 8 CERAIAN SR 6.2.1 KEMUDAHAN TAMBANG IHSAN TUJUAN 1. Ceraian ini disediakan kepada pegawai yang bertukar wilayah untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mertua atau bapa mertua yang sakit tenat. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan tambang ihsan telah diperuntukkan melalui Perenggan 7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978: Penyatuan Perkhidmatan Dalam Jawatan Persekutuan Di Sabah dan Sarawak. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan kemudahan ini adalah seperti berikut: a) kemudahan ini diperuntukkan kepada pegawai sahaja mengikut kelayakan tambang kapal terbang yang telah ditetapkan; b) kemudahan ini diberikan kepada pegawai untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mentua dan bapa mentua yang sakit tenat atau meninggal dunia, sebanyak satu kali bagi setiap individu yang dinyatakan sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai (membawa jumlah maksimum sebanyak 4 kali sahaja) di sesuatu wilayah selain dari wilayah asalnya; c) kemudahan tambang kapal terbang pergi dan balik disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat sehingga ke ibu negeri atau bandar utama di wilayah asal pegawai atau mana-mana wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah asal pegawai;

 9 SR 6.2.1 d) pasangan dan anak-anak pegawai yang tidak tinggal bersama pegawai di wilayah berkhidmat boleh menggunakan kemudahan ini untuk melawat pegawai yang sakit tenat dengan syarat kemudahan penerbangan itu tidak pernah digunakan bagi maksud berpindah mengikut pegawai ke tempat bertugas di wilayah berkhidmat. Kadar tambang adalah berdasarkan kadar penerbangan Kelas Ekonomi dari ibu negeri/bandar utama wilayah asal ke tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat; e) permohonan bagi tujuan menziarahi ibu/bapa/ibu mentua/bapa mentua yang sakit tenat atau nazak hendaklah disertakan dengan: (i) pengesahan oleh seorang Pegawai Perubatan/Pengamal Perubatan/Penghulu/Ketua Kampung mengenai keadaan sakit ibu/bapa/ibu mentua/bapa mentua pegawai; atau (ii) perakuan pegawai sendiri yang disokong oleh Ketua Jabatan. f) bagi maksud tuntutan kemudahan ini bagi tujuan menziarahi ibu/bapa/ibu mentua/bapa mentua yang meninggal dunia, ia hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kematian gemulah yang berkenaan; dan g) permohonan untuk menggunakan kemudahan Tambang Ihsan hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran SR.6.2.1. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, perenggan 7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978: Penyatuan Perkhidmatan Dalam Jawatan Persekutuan Di Sabah dan Sarawak adalah dibatalkan.

 10 SR 6.2.1 PEMAKAIAN 5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 Lampiran SR.6.2.1 Borang JPA (TI) BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN TAMBANG IHSAN MAKLUMAT PEGAWAI Nama Pegawai: Gred/Pangkat: Alamat Rumah: Alamat Tempat Berkhidmat: Wilayah Asal: PERMOHONAN PEGAWAI 1. Saya memohon untuk menggunakan kemudahan Tambang Ihsan bagi: (Sila Tandakan Salah Satu Di dalam Kotak) Diri sendiri ke ibu negeri/bandar utama wilayah asal Pasangan/anak ke wilayah berkhidmat 2. Tujuan Menggunakan Kemudahan: 3. Ibu Negeri/Bandar Utama Hendak Dituju: 4. Tarikh Kemudahan Diperlukan: PENGESAHAN PEGAWAI Saya mengesahkan bahawa segala maklumat seperti di atas adalah benar. Tandatangan: Nama: Tarikh:

 1-2 ULASAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN TAMBANG IHSAN Saya mengesahkan bahawa pegawai: Belum pernah menggunakan kemudahan ini Telah menggunakan kemudahan ini untuk melawat ibu/bapa/ibu mentua/bapa mentua yang sakit tenat* Tandatangan: Nama: Tarikh: KEPUTUSAN KETUA JABATAN Lulus/ Tidak Lulus Tandatangan: Nama: Tarikh: * Catatan: Potong yang mana tidak berkenaan

 10 CERAIAN SR.6.3.1 KEMUDAHAN TAMBANG MENGIRINGI JENAZAH DAN TAMBANG MENGURUS PEMINDAHAN BARANG TUJUAN 1. Ceraian ini adalah bertujuan memelihara kebajikan pegawai bertukar wilayah dan ahli keluarganya yang meninggal dunia. 2. Kemudahan tambang mengiringi jenazah dan tambang mengurus pemindahan barang disediakan kepada pegawai yang bertukar wilayah, ahli keluarga dan waris pegawai untuk mengiringi jenazah pegawai atau ahli keluarga yang meninggal dunia di wilayah berkhidmat untuk dikebumikan. Tambang Mengurus Pemindahan Barang pula disediakan kepada pasangan atau ahli keluarga atau waris pegawai bertukar wilayah yang meninggal dunia untuk menguruskan pemindahan barang-barang pegawai dari wilayah berkhidmat. LATAR BELAKANG 3. Kemudahan tambang mengiringi jenazah dan tambang mengurus pemindahan barang bagi pegawai yang bertukar wilayah telah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2019: Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah. PELAKSANAAN 4. Pelaksanaan pemberian kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah adalah seperti berikut: a) sekiranya pegawai bertukar wilayah meninggal dunia, kemudahan tambang kapal terbang diberikan kepada ahli keluarga untuk mengiringi jenazah pegawai ke tempat penyempurnaan atau pengebumian mayat di wilayah asal pegawai atau mana-mana wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah asal pegawai;

 11 SR.6.3.1 b) sekiranya ahli keluarga pegawai meninggal dunia di wilayah berkhidmat, pegawai dan ahli keluarga diberi kemudahan tambang kapal terbang untuk mengiringi jenazah ke tempat pengebumian atau penyempurnaan mayat terhad dalam Malaysia sahaja. Kemudahan tambang kapal terbang juga diberi kepada pegawai dan ahli keluarga untuk pulang semula ke wilayah berkhidmat selepas selesai urusan pengebumian jenazah; atau c) sekiranya pegawai bujang meninggal dunia, seorang waris diberi kemudahan tambang kapal terbang pergi dan balik untuk mengiringi jenazah pegawai ke tempat penyempurnaan atau pengebumian mayat di wilayah asal pegawai atau mana-mana wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah asal pegawai. 5. Bagi pegawai bertukar wilayah yang meninggal dunia, kemudahan Tambang Mengurus Pemindahan Barang pergi dan balik boleh diberikan kepada pasangan atau seorang ahli keluarga atau waris untuk menguruskan pemindahan barang pegawai dari wilayah berkhidmat ke wilayah asalnya atau mana-mana wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah asal pegawai; 6. Kadar tambang kapal terbang bagi pegawai, pasangan dan waris adalah mengikut kelayakan tambang kapal terbang pegawai. Manakala, kadar tambang kapal terbang bagi anak pegawai adalah berdasarkan kadar penerbangan Kelas Ekonomi. 7. Permohonan untuk menggunakan kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran SR.6.3.1. PEMBATALAN 8. Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2019: Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah adalah dibatalkan.

 12 SR.6.3.1 PEMAKAIAN 9. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 Lampiran SR.6.3.1 Borang JPA (TMJDMPB) BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN TAMBANG MENGIRINGI JENAZAH DAN TAMBANG MENGURUS PEMINDAHAN BARANG MAKLUMAT PEMOHON (PEGAWAI/KELUARGA/WARIS) Nama: No. Kad Pengenalan: Alamat : Kementerian/Jabatan/Agensi: (sekiranya berkaitan) Hubungan dengan Gemulah : MAKLUMAT GEMULAH (PEGAWAI/KELUARGA) Nama: No. Kad Pengenalan: Alamat : Kementerian/Jabatan/Agensi: (sekiranya berkaitan) PERMOHONAN Tambang Mengiringi Jenazah Tambang Mengurus Pemindahan Barang PENGAKUAN PEMOHON Saya mengaku bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat tersebut. Tarikh: Tandatangan: KEPUTUSAN KETUA JABATAN Permohanan Diluluskan / Tidak Diluluskan * Tarikh : Tandatangan: Nama: Jawatan * Catatan: Potong yang mana tidak berkenaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy