Pegawai Bertukar Wilayah

 5 SR 6.1.1 e) kemudahan ini diberi sekali dalam tempoh satu tahun (1) perkhidmatan pegawai di wilayah berkhidmat dan kelayakan pegawai dikira bermula dari tarikh pegawai melapor diri di wilayah berkhidmat. Kemudahan yang tidak digunakan dalam tempoh setahun perkhidmatan akan luput dan tidak boleh dibawa ke tahun perkhidmatan berikutnya; f) pegawai hendaklah berkhidmat selama 6 bulan selepas tarikh lapor diri terlebih dahulu di wilayah berkhidmat bagi membolehkan pegawai menggunakan kemudahan ini pada kali pertama. Kelayakan untuk kali kedua dan seterusnya ialah pada bila-bila masa dalam tahun perkhidmatan berikutnya; g) tempoh pegawai bercuti tanpa gaji atau separuh gaji tidak boleh diambil kira untuk menentukan kelayakan kemudahan ini. Tempoh cuti tersebut hendaklah ditambah kepada tempoh perkhidmatan pegawai untuk menentukan kelayakan kemudahan seterusnya; h) bagi pegawai dan pasangan yang kedua-duanya bertukar wilayah, hanya seorang sahaja layak menggunakan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal untuk membawa keluarga mengunjungi wilayah asal dalam sesuatu tahun. Manakala, pasangannya boleh menggunakan kemudahan tambang tersebut atas kadar bujang berdasarkan tempoh kelayakannya; i) mana-mana pegawai yang diperuntukkan Elaun Balik Kampung dan menggunakan kemudahan tersebut, tidak layak menggunakan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. Walau bagaimanapun, pasangan pegawai boleh menggunakan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal atas kadar bujang dalam tempoh yang sama; j) pasangan atau anak-anak yang tidak mengikut pegawai bertukar wilayah boleh menggunakan tambang ini untuk melawat pegawai, tertakluk pegawai belum menggunakan lagi kemudahan tersebut pada tahun kelayakan; k) pegawai bujang yang pulang ke wilayah asalnya untuk berkahwin dengan menggunakan kemudahan tambang ini, boleh disediakan tambang perjalanan untuk membawa pasangannya ke wilayah berkhidmat mengikut tahun kelayakan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy