Pegawai Bertukar Wilayah

 10 CERAIAN SR.6.3.1 KEMUDAHAN TAMBANG MENGIRINGI JENAZAH DAN TAMBANG MENGURUS PEMINDAHAN BARANG TUJUAN 1. Ceraian ini adalah bertujuan memelihara kebajikan pegawai bertukar wilayah dan ahli keluarganya yang meninggal dunia. 2. Kemudahan tambang mengiringi jenazah dan tambang mengurus pemindahan barang disediakan kepada pegawai yang bertukar wilayah, ahli keluarga dan waris pegawai untuk mengiringi jenazah pegawai atau ahli keluarga yang meninggal dunia di wilayah berkhidmat untuk dikebumikan. Tambang Mengurus Pemindahan Barang pula disediakan kepada pasangan atau ahli keluarga atau waris pegawai bertukar wilayah yang meninggal dunia untuk menguruskan pemindahan barang-barang pegawai dari wilayah berkhidmat. LATAR BELAKANG 3. Kemudahan tambang mengiringi jenazah dan tambang mengurus pemindahan barang bagi pegawai yang bertukar wilayah telah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2019: Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah. PELAKSANAAN 4. Pelaksanaan pemberian kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah adalah seperti berikut: a) sekiranya pegawai bertukar wilayah meninggal dunia, kemudahan tambang kapal terbang diberikan kepada ahli keluarga untuk mengiringi jenazah pegawai ke tempat penyempurnaan atau pengebumian mayat di wilayah asal pegawai atau mana-mana wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah asal pegawai;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy