Pegawai Bertukar Wilayah

 2 3. Kemudahan Tambang Ihsan telah diperuntukkan melalui perenggan 7 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978 dan Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008. Manakala, Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang telah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2019. Penjelasan mengenai kos tambang yang ditanggung Kerajaan pula dinyatakan melalui Surat Edaran JPA(S)133/8/2(82) bertarikh 26 Mei 2010. TAFSIRAN 4. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, tafsiran adalah seperti di Lampiran I. PELAKSANAAN 5. Dasar dan peraturan di bawah Ceraian ini adalah terpakai kepada pegawaipegawai yang bertukar wilayah dengan syarat-syarat seperti berikut: (a) pegawai hendaklah mengisytiharkan wilayah asalnya semasa pertama kali dilantik ke dalam perkhidmatan awam menggunakan Borang JPA (Wilayah Asal) seperti di Lampiran II. Pengisytiharan ini hanya boleh dilakukan sebanyak satu (1) kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan dan direkodkan di dalam Sistem/Buku Rekod Perkhidmatan pegawai; (b) pegawai yang sedang dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa Ceraian ini dan tidak pernah mengisytiharkan wilayah asalnya, pegawai boleh melakukan pengisytiharan apabila pegawai bertukar wilayah. Pemberian elaun dan kemudahan pegawai bertukar wilayah hanya boleh diberikan mulai tarikh pegawai mengisytiharkan wilayah asalnya; (c) pegawai hendaklah melengkapkan borang-borang yang dilampirkan beserta dokumen sokongan bagi tuntutan kemudahan yang berkaitan; dan (d) perbelanjaan kemudahan tambang kapal terbang yang akan ditanggung Kerajaan meliputi keseluruhan kos tambang kapal terbang, termasuk harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang, insurans penumpang dan caj bahan api. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak akan menanggung kos berkaitan tambang kapal terbang yang disebabkan kecuaian atau urusan peribadi seperti penukaran tarikh penerbangan, kos lebihan bagasi dan sebagainya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy