|
Mengeluh, Mengeluh, Mengeluh… atau Bersyukur?
|
1 |
|
Hakikatnya, masa tidak pernah berubah. Sehari tetap 24 jam. Seminggu tetap 7 hari. Namun yang berubah adalah bagaimana kita merasakan masa.
|
1 |
|
Di perkhidmatan awam, ada satu perkara sedang berlaku:
|
2 |
|
Yang tidak mendapat BDR, merasakan tidak adil.
|
2 |
|
Yang mendapat BDR, juga merasakan tidak cukup.
|
2 |
|
Apa sahaja keadaan, kita tetap mencari apa yang kurang dan mungkin kita jarang berhenti untuk melihat gambaran yang lebih besar. Setiap bulan, kita menerima gaji.
|
2 |
|
Tanpa perlu memikirkan:
|
2 |
|
adakah bulan hadapan masih ada pekerjaan;
|
2 |
|
adakah gaji masih boleh dibayar;
|
2 |
|
bagaimana untuk menanggung kos pekerja; atau
|
2 |
|
sama ada perlu menutup operasi ketika krisis
|
2 |
|
Sedangkan di luar sana, ramai yang berhadapan dengan ketidakpastian itu setiap hari. Namun kita masih mudah bersuara. Lebih membimbangkan, kadangkala:
|
2 |
|
kita bercakap tanpa membaca;
|
2 |
|
memberi pandangan tanpa analisis; dan
|
2 |
|
mencari fakta untuk menyokong apa yang kita mahu percaya
|
2 |
|
Bukan kerana kita tidak tahu tetapi kerana kita tidak berhenti untuk berfikir.
|
2 |
|
Hakikatnya, amanah kita sebagai pegawai awam adalah besar. Berkhidmat untuk negara bukan sekadar melaksanakan tugas tetapi menjaga satu sistem yang saling berkait. Setiap tugas, sekecil mana pun, adalah sebahagian daripada satu “circle”. Jika satu bahagian terputus kesannya bukan hanya pada satu titik, tetapi kepada keseluruhan.
|
2 |
|
Keputusan yang dibuat oleh pimpinan bergantung kepada fakta dan data yang kita sediakan. Jika fakta itu tidak tepat, keputusan akan tersasar. Jika data itu tidak lengkap, kesannya akan membesar.
|
2 |
|
Contohnya:
|
2 |
|
data bekalan beras yang tidak tepat; atau
|
2 |
|
kehadiran program yang tidak direkodkan dengan betul
|
2 |
|
Kesan akhirnya bukan sekadar angka. Ia boleh mempengaruhi dasar, perancangan, dan keputusan yang memberi kesan kepada ramai.
|
2 |
|
Mungkin akhirnya, ini bukan tentang siapa betul atau siapa salah. Tetapi tentang kesedaran. Bahawa setiap perkara yang kita lakukan, setiap laporan, setiap angka dan setiap keputusan kecil, membentuk sesuatu yang lebih besar daripada diri kita sendiri.
|
2 |
|
Seperti masa ia berjalan, sama ada kita sedar atau tidak.
|
2 |
|
Masa tidak pernah berlalu dengan cepat. Tetapi cara kita hidup membuatkan ia terasa begitu. Mungkin selepas ini, apabila kita berkata, “cepatnya masa berlalu…” kita akan faham bahawa masa tidak pernah hilang tetapi bagaimana kita menggunakannya. Itulah yang benar-benar menentukan maknanya.
|
2 |
|
Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam
|
2 |
|
Complain, Complain, Complain… or Be Grateful?
|
3 |
|
In Islam, time is not just something that passes. It is an amanah (trust) stated in Surah Al-Asr, “By time…”. This shows how significant time is. It is not just to be filled but to be used with purpose.
|
4 |
|
In Public Sector today:
|
4 |
|
Those who do not get WFH feel it is unfair.
|
4 |
|
Those who do, still feel it is not enough.
|
4 |
|
Regardless of the situation, we tend to focus on what is lacking. Yet we rarely step back to see the bigger picture. Every month, we receive our salaries without having to worry about:
|
4 |
|
whether there will be a job next month;
|
4 |
|
whether salaries can still be paid;
|
4 |
|
how to sustain operations; or
|
4 |
|
whether a business must shut down during a crisis
|
4 |
|
While many outside face such uncertainties daily. Yet we continue to react. More concerning is when:
|
4 |
|
we speak without reading;
|
4 |
|
form opinions without analysis; and
|
4 |
|
search for facts that support what we already want to believe
|
4 |
|
Not because we do not know but because we do not pause to think.
|
4 |
|
The truth is, the responsibility we carry as public servants is significant. Serving is not just about completing tasks, it is about sustaining a system. Every task, no matter how small, is part of a larger circle. If one part breaks the impact is not isolated, but affects the whole.
|
4 |
|
Leaders make decisions based on the data and facts we provide. If the data is inaccurate decisions will be flawed. If the data is incomplete the impact will grow.
|
4 |
|
For example:
|
4 |
|
inaccurate reporting of essential supplies
|
4 |
|
incorrect attendance records
|
4 |
|
These are not just numbers. They shape policies, planning, and outcomes that affect many.
|
4 |
|
In the end, this is not about who is right or wrong. It is about awareness. That everything we do, every report, every number, every small decision contributes to something larger than ourselves. Like time it moves forward whether we are aware of it or not.
|
4 |
|
Time never runs but the way we live makes it feel that way and perhaps the next time we say, “time flies“, we will realise time was never lost. It is how we choose to use it that gives it meaning.
|
4 |
|
Dr. Diyana Hassim Head of Corporate Communications Public Service Department
|
4 |