JPA Daily Buzz - Edisi 44 2026

m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Rasa macam semalam baru sambut tahun baharu. Tiba-tiba sekarang kita sudah masuk bulan April. Suku pertama tahun ini sudah pun berlalu. Pejam celik, ke mana perginya masa itu? Hakikatnya, masa tidak pernah berubah. Sehari tetap 24 jam. Seminggu tetap 7 hari. Namun yang berubah adalah bagaimana kita merasakan masa . Dalam psikologi, masa terasa cepat apabila hidup kita dipenuhi rutin. Apabila hari-hari kita hampir sama, bergerak dalam pola yang berulang; dan kurang pengalaman baru otak kita menyimpan kurang “memori unik”. Akibatnya, apabila kita melihat ke belakang tempoh masa itu terasa singkat. Seolah-olah masa “dipendekkan”. Dari sudut sains, otak kita mengukur masa berdasarkan: jumlah pengalaman; tahap perhatian; dan bilangan memori yang terbentuk Lebih banyak pengalaman baharu → lebih banyak memori → masa terasa panjang Kurang variasi → kurangmemori → masa terasa cepat Sebab itu masa kecil dahulu terasa panjang, kerana setiap hari penuh dengan “pertama kali”. Namun mungkin ada satu lagi sebab yang lebih dekat dengan kita, kita terlalu sibuk . Apabila kita: fokus kepada kerja; mengejar tugasan; dan bergerak dari satu perkara ke satu perkara Kita jarang berhenti untuk benar-benar merasai masa itu sendiri. Kita melalui hari tanpa benar-benar menghayatinya. Dalam Islam, masa bukan sekadar sesuatu yang berlalu. Ia adalah amanah tertulis dalam Surah Al-Asr, “Demi masa…”. Ini menunjukkan bahawa masa mempunyai nilai yang sangat besar bukan sekadar untuk diisi tetapi untuk digunakan dengan sebaiknya. Edisi 44/ 2026 7 April 2026 Mengeluh, Mengeluh, Mengeluh, engeluh, Mengeluh… atau Mengeluh … atau Bersyukur? Bersyukur? engeluh,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy