

Jabatan Perkhidmatan Awam
Laporan Tahunan 2017 Annual Report
67
Program Turun Padang HRMIS
Kesinambungan Program Turun Padang diteruskan
lagi pada tahun ini dengan lebih memfokuskan
kepada Agensi-Agensi di negeri. Program Turun
Padang merupakan program untuk meningkatkan
libat urus di antara JPA dengan Agensi-Agensi
pengguna HRMIS. Program ini memberi peluang
kepada pihak JPA untuk melihat dengan lebih
dekat kejayaan dan kekangan pelaksanaan HRMIS
di Agensi-Agensi Kerajaan. Di samping itu, pihak
JPA dapat menjalankan aktiviti pemantauan
ke Agensi-Agensi Kerajaan dan menangani
permasalahan HRMIS secara bersemuka
(hands
on)
. Semasa program ini berlangsung, pentadbir
HRMIS di Agensi akan menyatakan masalah-
masalah yang dihadapi dalam melaksanakan
HRMIS baik permasalahan dari segi teknikal,
rangkaian dan pengurusan perubahan. Pasukan
JPA yang dianggotai oleh wakil
Helpdesk
HRMIS
akan terus membantu menyelesaikan masalah
pentadbir HRMIS di Agensi yang dilawati.
Selain daripada menyelesaikan masalah, program
ini turut memberi ruang kepada pihak JPA dan
Agensi Kerajaan yang dilawati untuk berkongsi
idea dan cadangan penambahbaikan HRMIS.
Segala cadangan dan pandangan yang diterima
akan dipertimbangkan untuk ditambah baik dalam
HRMIS. Program ini juga merupakan satu bentuk
aktiviti untuk JPA meRakyatkan Perkhidmatan
Awam.
Sebanyak 17 buah Agensi Kerajaan yang telah
terlibat. Agensi-Agensi tersebut ialah :
i) Majlis Bandar Raya Pulau Pinang (MBPP);
ii) Majlis Perbandaran Seberang Perai;
iii) Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang
(PBB);
iv) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
(PDC);
v) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ);
vi) Pejabat Tanah dan Galian Melaka (PTG);
vii) Majlis Bandar raya Melaka Bersejarah
(MBMB);
viii) Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
(PERPUSTAM);
HRMIS’ Site Visit Programmes
This year, the continuance of the Turun Padang
Program was focused on state Agencies. The
programwas designed to improve the relationship
between JPAs with HRMIS-user Agencies by closely
monitoring the successes and constraints of HRMIS
implementation in Government Agencies. During
this program, any issues in implementing HRMIS
raised by agency HRMIS administrators—whether
technical, network or transitional management
issues—shall be resolved promptly through a
hands-on approach by the JPA team comprising
HRMIS Helpdesk representatives.
Apart from resolving problems, the program also
served to be an excellent platform for JPAs and
Government Agencies to share their ideas and
suggestions in improving HRMIS. The program
was also a form of initiative for the JPA to make
Public Service more people-centric.
Seventeen Government Agencies were involved
in the program. The Agencies were:
i) Penang Island City Council (MBPP);
ii) Seberang Perai Municipal Council;
iii) Penang Hill Corporation (PBB);
iv) Penang Development Corporation (PDC);
v) Jasin Municipal Council (MPJ);
vi) Malacca Land and Mines Office (PTG);
vii) Melaka Historic City Council (MBMB);
viii) Public Library of Malacca (PERPUSTAM);