

Jabatan Perkhidmatan Awam
Laporan Tahunan 2017 Annual Report
166
C. Kajian Cadangan Pelaksanaan Pengaturan Kerja Secara Fleksibel (FWA)
Dalam Perkhidmatan Awam
Review on the Proposed Implementation of Flexible Working Arrangement
(FWA) in the Public Service
Maklumat Kajian:
Kajian ini bermatlamat untuk memberi fleksibiliti dari
aspek masa dan tempat bekerja kepada Penjawat
Awam dalammengimbangi kerjaya, urusan keluarga
dan peribadi atau
Work-Life Balance
(WLB).
Beberapa siri perbincangan telah diadakan termasuk
di peringkat Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JPA,
pada 23 Mei 2017 dan Mesyuarat Mingguan KSN
yang diadakan pada 5 Julai 2017. Setelah mengambil
kira cabaran-cabaran untuk melaksanakan FWA serta
kecenderungan pegawai untuk memulakan kerja
selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi hasil dari
dapatan kajian rintis yang lalu, serta kecenderungan
pegawai untuk memanfaatkan WP2 dan WP3
berbanding WP1, semasa Ucapan Bajet 2018, YAB
Perdana Menteri mengumumkan penambahan
waktu bekerja berperingkat iaitu bermula 9.00 pagi
hingga 6.00 petang dengan matlamat meningkatkan
kecekapan Perkhidmatan Awam.
Study Information:
The study aimed to provide flexibility in terms of
work hours and workplace arrangements to civil
servants in balancing their career, family and
personal matters or to have a Work-Life Balance
(WLB).
A series of discussions were held including at the
JPA’s Top Management Meeting on 23 May 2017
and at the KSN Weekly Meeting held on 5 July 2017.
Having considered the challenges of implementing
FWA, the inclination of officers to start work by
9.00 am as found by previous pilot studies as well
as the inclination of employees to utilise WP2 and
WP3 compared to WP1; The Right Honourable Prime
Minister announced the addition of a new staggered
working hours from 9.00 am to 6.00 pm during the
2018 Budget Speech to improve Public Services
efficiency.
D. Soal Selidik Kajian Perseimbangan Kerja Dan Kehidupan (
Work-Life Balance
)
Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia
Soal Selidik Kajian Perseimbangan Kerja Dan Kehidupan (Work-Life
Balance) Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia
Maklumat Kajian:
Soal selidik ini bermatlamat untuk mendapatkan
satu gambaran yang lebih mendalam mengenai
isu-isu perseimbangan kerjaya dan kehidupan
yang dihadapi oleh Penjawat Awam. Hasil daripada
dapatan ini, Kerajaan dapat menyemak semula
dasar-dasar yang sedia ada untuk penambahbaikan
serta dapat menggubal dasar-dasar baru berkaitan
perseimbangan kerja dan kehidupan demi kebaikan
Penjawat Awam serta dapat meningkatkan lagi
produktiviti Perkhidmatan Awam.
Soal selidik ini dibangunkan berdasarkan kerangka
teori
The 2001 National Work-Life Conflict Study:
Report One, Healthy Communities Division, Health
Canada.
Pada ketika ini kajian rintis sedang
dilaksanakan di BPPD JPA.
Study Information:
The questionnaire survey aims to dive deeper in
understanding the work-life balance issues faced
by Public Servants. The results would facilitate
the Government in improving existing policies,
formulate new policies on work-life balance for
the Public Servants’ benefit and to increase the
productivity of Public Services.
The questionnaire was developed based on ‘The
2001 National Work-Life Conflict Study: Report
One, Healthy Communities Division, Health Canada’
theory framework. At the moment, the pilot study is
still being implemented by BPPD JPA.