

Jabatan Perkhidmatan Awam
Laporan Tahunan 2017 Annual Report
165
Maklumat Kajian:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah
melaksanakankajian rintis pengukuranproduktiviti
Perkhidmatan Awam bagi 3 sektor utama iaitu
sektor pendidikan, sektor kesihatan dan sektor
keselamatan pada tahun 2015. Fokus utama
kajian pengukuran produktiviti Perkhidmatan
Awam adalah dalam sektor pendidikan di bawah
Kementerian Pendidikan pada tahun 2016.
Hasil kajian bagi sektor pendidikan telahpun
dibentangkan kepada Mesyuarat Pengurusan
Tertinggi JPA pada 12 April 2017 dan Bahagian
Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan pada
13 Jun 2017.
Kajian telah diteruskan dengan sektor kesihatan
di bawah Kementerian Kesihatan. Satu bengkel
bersama pegawai Kementerian Kesihatan dan
MPC telah diadakan pada 6 September 2017 bagi
membincangkan dapatan hasil kajian pengukuran
produktiviti tahun 2010-2014; metodologi
kajian yang sesuai digunakan; dan ketersediaan
data bagi faktor input dan output serta batasan
terhadap kajian lepas. Laporan hasil kajian
pengukuran produktiviti sektor kesihatan dijangka
akan disiapkan pada awal tahun 2018.
Study Information:
In 2015, The Public Service Department (JPA)
with the Malaysia Productivity Corporation (MPC)
commenced a pilot study on the measurement of
Public Service productivity in three key sectors:
education, health and security. The main focus
of the Public Service productivity measurement
study was the education sector under the Ministry
of Education in 2016. The findings were tabled
at the JPA Top Management Meeting on 12 April
2017 and to the Human Resource Division of the
Ministry of Education on 13 June 2017.
The study was continued in the health sector
under the Ministry of Health. A workshop with
the Ministry of Health and MPC officers was held
on 6 September 2017 to discuss the findings of
productivity measurement survey 2010-2014;
appropriate research methodology; and data
availability for input and output factors as well
as restrictions in past studies. The health sector
productivity measurement report was expected
to be completed by early 2018.
B. Kajian Pengukuran Produktiviti Perkhidmatan Awam:
Sektor Pendidikan dan Kesihatan
Study on Public Service Productivity Measurement:
Education and Health Sector