Previous Page  162 / 200 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 162 / 200 Next Page
Page Background

Jabatan Perkhidmatan Awam

Laporan Tahunan 2017 Annual Report

148

(d) PEGAWAI CONTOH BULANAN (PCB)

JPA turut memberi pengiktirafan secara bulanan

kepada pegawai-pegawai JPA yang telah

mempamerkan prestasi serta budaya kerja

cemerlang. Setiap bulan, seramai 12 pegawai

cemerlang yang diperaku akan dianugerahkan

Pegawai Contoh Bulanan dalam Perhimpunan

Bulanan yang diadakan di Auditorium, Blok C3,

Kompleks C dengan disempurnakan oleh YBhg.

Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam Malaysia.

(e) MAJLIS APRESIASI PENYERAHAN

SURAT KENAIKAN PANGKAT

Selaras dengan aspirasi YAB Perdana Menteri

bahawa tahun 2017 adalah tahun penyampaian,

JPA telah memulakan inisiatif pada tahun 2017

untuk mengadakan suatu majlis apresiasi kepada

pegawai-pegawai JPA yang diberi kenaikan pangkat

bertujuan menghargai jasa dan sumbangan

pegawai-pegawai tersebut. Di samping itu,

menerusi majlis ini, Pihak Pengurusan Tertinggi

akan turut menyampaikan aspirasi Kerajaan serta

memberi dorongan kepada pegawai-pegawai ini

supaya meletakkan keutamaan untuk memberi

penyampaian perkhidmatan terbaik kepada Rakyat

negara ini. Majlis ini telah diadakan sebanyak 3 kali

pada tahun 2017 di Blok C1, Kompleks C dengan

disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Nor Inchun

Binti Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam Malaysia.

(d) OFFICER OF THE MONTH AWARD

JPA also awards monthly recognitions for JPA

officers who had demonstrated outstanding

work performance and excellent work culture.

Each month, 12 outstanding officers will be

awarded Best Officer of the Month during the

Monthly Assembly held at the Auditorium, Block

C3, Complex C, officiated by Tan Sri Zainal Rahim

Bin Seman, Director General of Public Service

Malaysia.

(e) PROMOTION LETTER AWARDS

APPRECIATION CEREMONY

In line with the Prime Minister’s aspiration to

make 2017 the year of delivery, JPA had started to

conduct appreciation ceremonies for JPA officers

who had been given a promotion to honor their

services and contributions. In addition, it serves

as an opportunity for the top management

to convey the Government’s aspirations and

encourage officers to prioritise in delivering the

best services to the Rakyat. The event was held 3

times in 2017 at Block C1, Complex C, officiated by

Dato’ Nor Inchun Binti Mohamed Salleh, Deputy

Director General of Public Service (Operations).