

Jabatan Perkhidmatan Awam
Laporan Tahunan 2017 Annual Report
146
JPA sentiasa menghargai sumbangan dan jasa
bakti pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan
penuh dedikasi serta cemerlang dalam apa
jua tugasan yang diberikan. Penghargaan ini
diterjemahkan menerusi pengiktirafan jabatan
seperti berikut :
(a) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
(b) Pencalonan Pingat Perkhidmatan Cemerlang
(PPC);
(c) Pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan
Pingat; dan
(d) Pegawai Contoh Bulanan (PCB)
(a) ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG (APC) 2016
Berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
(LNPT) 2016, seramai 189 orang pegawai JPA telah
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Tahun 2016 telah diadakan di Auditorium, Blok
C3, Kompleks C pada 23 Mac 2017 dengan
disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim
Bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.
JPA had always appreciated the contributions and
services of officers who served with dedication
and excellence in any given assignment. The JPA
offers its appreciation and recognition through:
(a) Excellent Service Award (APC);
(b) Excellent Service Medal Award Nominations
(PPC);
(c) Orders, Decorations and Medals Award
Nominations; and
(d) Officer of the Month Award (PCB).
PENGIKTIRAFAN DAN
PENGANUGERAHAN KEPADA PEGAWAI
YANG BERPRESTASI CEMERLANG
AWARDS AND RECOGNITIONS FOR
OUTSTANDING OFFICERS
(a) EXCELLENT SERVICE AWARD (APC)
2016
Based on the Annual Performance Assessment
Report (LNPT) 2016, 189 JPA officers were
awarded with the Excellent Service Award. The
event was officiated by the Director General of
Public Service, Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman
at the Auditorium, Block C3, Complex C on the
23rd of March 2017.