inisiatif-inisiatif ini merupakan pancaran komitmen
Kerajaan kepada penerapan budaya kecemerlangan
secara berterusan di segenap lapisan Perkhidmatan
Awam.
Saya berharap JPA dapat memperhebatkan lagi usaha-
usaha transformasi agar menjadi testimoni lambang
kesungguhan JPA menjulang Agenda Transformasi
negarasebagai pemacuutamamencapai kecemerlangan
negara.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-setinggi
penghargaan kepada semua warga JPA yang telah
memberikan kerjasama dan komitmen yang padu dalam
menggalasamanahyangdiberikandemimemartabatkan
Perkhidmatan Awam di persada keterbilangan. Semoga
JPA akan terus melakar lebih banyak potret kejayaan
sebagai sebuah agensi peneraju dan penanda aras
transformasi dalam Perkhidmatan Awam.
Sekian, wassalam.
“MENERUSKAN
MOMENTUM
TRANSFORMASI,
MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM”
TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinan
dan rahmatNya jua, Laporan Tahunan 2014 ini berjaya
dihasilkan. Penerbitan naskah tahunan ini merupakan
satu khazanah ilmu yang merakamkan perjalanan
transformasi Perkhidmatan Awam serta pencapaian
dan aktiviti-aktiviti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
sepanjang tahun 2014.
Persekitaran dunia yang semakin dinamik dan kompleks
padamasakinimenuntut iltizamdandedikasi yangtinggi
dalam kalangan penjawat awam untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada
stakeholders
dan
rakyat. Ekspektasi pelanggan dan rakyat yang semakin
meningkat dan keperluan berurusan dengan pelbagai
spektrum pelanggan secara berkesan memerlukan
Perkhidmatan Awam yang bersifat
citizen-centric
.
Respons Perkhidmatan Awamkepada senario semasa ini
telah menyaksikan pembentukan Agenda Transformasi
Perkhidmatan Awam. Mendepani realiti baharu ini
juga telah membawa kepada penghasilan Kerangka
Transformasi Perkhidmatan Awam sebagai citra
keunggulanpenyampaianperkhidmatan. Limaterasyang
mendasari Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam
iaitu mendaya upaya bakat; merekayasa organisasi;
merakyatkan penyampaian perkhidmatan; merangkum
dan sepunya; serta membudaya nilai kini dijadikan asas
utama kepada agenda perubahan yang digagaskan.
Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam ini
seterusnya diterjemahkan kepada inisiatif-inisiatif bitara
Perkhidmatan Awam. Sesungguhnya, penghasilan
AssalamualaikumWBT, Salam Transformasi,
Salam 1Malaysia: “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”