4 T E R A S U TA M A
2 |
J a b a t a n P e r k h i d m a t a n A w a m M a l a y s i a
Kesejahteraan Pesara
Kesejahteraan Pesara merupakan teras yang memberikan nafas baharu kepada pesara kerajaan dengan meningkatkan taraf hidup melalui pelbagai
inisiatif secara holistik. Dengan demikian, pesara akan merasa dihargai dan penjagaan kebajikan pesara mendapat perhatian secara berterusan.
Panduan Bekerja Semula
Pemohon perlu mendaftar di portal 1Pesara terlebih dahulu dan kemudian Jabatan Perkhidmatan Awam akan membuat saringan dan dihantar kepada
Kementerian Sumber Manusia menerusi Jobs Malaysia. Jobs Malaysia akan menawarkan padanan pekerjaan melalui program yang ada.
Pembangunan Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Bagi Teras Pembangunan Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan ia menyediakan platform, panduan serta latihan secara intensif berkenaan
keusahawanan dan juga perancangan kewangan. Inisiatif ini juga bermatlamat untuk membentuk ikon pesara usahawan berjaya di masa hadapan
seterusnya membuka peluang keusahawanan kepada penjawat awam setelah bersara kelak.
Kelangsungan Kesihatan
Perkhidmatan yang difokuskan berkaitan kelangsungan kesihatan adalah menyediakan kemudahan laluan pantas (
R-Lane
) iaitu pendaftaran segera
yang dikhaskan kepada pesara, warga emas dan orang kurang upaya di hospital dan klinik-klinik kerajaan serta perkhidmatan saringan kesihatan di klinik-
klinik kerajaan terpilih dan pemantauan kesihatan melalui lawatan ke rumah pesakit.