4 |
J a b a t a n P e r k h i d m a t a n A w a m M a l a y s i a
Portal tunggal ini menyalurkan dan memberikan maklumat kepada pesara
tentang semua perkhidmatan yang diberikan daripada pelbagai kementerian
dan jabatan. Sehingga akhir tahun 2014, jumlah pesara penjawat awam adalah
seramai 436,504 orang termasuk 55,000 pesara tentera yang merupakan
jumlah yang besar dan masih berupaya menyumbang kepada Negara.
Dianggarkan bilangan pesara bertambah pada kadar 18,000 orang setiap
tahun.
Portal 1Pesara dilancarkan pada 1 April 2014, memberi tumpuan kepada empat
(4) elemen utama sebagai saluran kemudahan maklumat dan menyediakan
panduan dalam bidang-bidang tertentu kepada pesara Kerajaan di bawah
kawal seliaan Kementerian dan Agensi yang berkaitan:
Portal 1Pesara boleh dilayari di
http://1pesara.jpapencen.gov.my.
Sehingga Disember 2014 sejumlah 75,704 pengunjung
telah melayari portal tersebut.
•
Kesejahteraan Pesara - Jabatan Perkhidmatan Awam
•
Panduan Bekerja Semula - Kementerian Sumber Manusia
•
Pembangunan Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan - Kementerian Kewangan
•
Kelangsungan Kesihatan - Kementerian Kesihatan
P ORTA L 1 P E S A R A
1Malaysia Civil Service Retirement Support (1MCSRS)
atau dikenali sebagai 1Pesara merupakan
satu inisiatif di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diterajui oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai kementerian,
jabatan kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).