Previous Page  11 / 100 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 11 / 100 Next Page
Page Background

1 P E S A R A

Program ini turut bertujuan memberikan kesedaran dan galakan kepada para

pesara yang direkodkan seramai 436,504 orang dan bakal pesara untuk

membuat pemeriksaan kesihatan lebih awal bagi mengelakkan sebarang

risiko dijangkiti oleh penyakit-penyakit yang kronik serta merbahaya.

Majlis Pra Pelancaran Portal 1Pesara telah disempurnakan oleh YBhg.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

yang turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha

Kementerian Kesihatan Malaysia. Program Kelangsungan Kesihatan yang

diterajui oleh KKM merupakan satu (1) daripada lima (5) teras yang terdapat

di dalam program 1Pesara. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di bawah

kerjasama KKM merangkumi perkhidmatan

Laluan Pantas (

Rapid Lane

)

yang memberikan keutamaan kepada pesara kerajaan, warga

emas dan orang kelainan upaya (OKU)

dengan mewujudkan satu

laluan khas berdasarkan Sistem Panggilan Nombor Giliran atau Sistem

Temujanji Berperingkat bagi mengurangkan masa menunggu pesakit dan

mengelakkan kesesakan.

Perkhidmatan saringan kesihatan di klinik-klinik Kerajaan terpilih seluruh

Negara dan penjagaan kesihatan domisiliari iaitu pemantauan kesihatan

oleh anggota kesihatan melalui lawatan ke rumah pesakit juga termasuk

di dalam program yang diterajui oleh KKM ini. Selain itu, KKM turut

menyediakan perkhidmatan kesejahteraan mental, pergigian, farmasi dan

kemudahan bantuan perubatan kepada para pesara yang mendapatkan

perkhidmatan di hospital dan klinik di bawah seliaan kementerian. 1Pesara

merupakan satu pendekatan secara berpusat dengan mengaplikasikan

prinsip NBOS iaitu pengurangan kos operasi, pelaksanaan yang

pantas dan berimpak tinggi

melalui penyediaan segala kemudahan dan

peluang kepada pesara dalam satu portal dengan penglibatan pelbagai

Kementerian/Agensi/Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan pihak swasta.

Teras lain yang digariskan dalam 1Pesara ialah Kesejahteraan Pesara,

Panduan Bekerja Semula, Pembangunan Keusahawanan dan Pengurusan

Kewangan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada

1 April 2014, telah melancarkan satu lagi inisiatif berasaskan Strategi Lautan Biru Kebangsaan

(NBOS) iaitu

1Malaysia Civil Service Retirement Support (1MCSRS)

yang kini dikenali sebagai

1Pesara bagi memberikan khidmat yang lebih terangkum kepada golongan pesara sebagai

usaha menjaga kebajikan golongan yang menabur bakti dalam perkhidmatan awam Negara

secara berterusan.

J a b a t a n P e r k h i d m a t a n A w a m M a l a y s i a

| 1