Kemudahan Cuti

22  SR.5.1.4 Ikatan Perjanjian 23. Jika pegawai masih ada ikatan untuk berkhidmat dengan Kerajaan, tempoh CTG mengikut pasangan tidak boleh diambil kira sebagai tempoh sedang berkhidmat bagi tujuan menyelesaikan tempoh ikatan perjanjian sebelumnya. Pegawai dikehendaki menyempurnakan ikatan perjanjian tersebut setelah kembali berkhidmat. Faedah Persaraan 24. Tempoh CTG mengikut pasangan yang diluluskan tidak akan diambil kira untuk tujuan perkiraan faedah persaraan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undangundang pencen yang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, tempoh perkhidmatan sebelum dan selepas CTG mengikut pasangan berkenaan adalah dianggap bersambung dan boleh diagregatkan untuk tujuan perkiraan faedah persaraan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 25. Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan berikut: a. memberi pertimbangan dan kelulusan sewajarnya terhadap permohonan pegawai dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas; b. menentukan tempoh yang sesuai bagi sesuatu kelulusan sekiranya tidak dapat memenuhi tempoh CTG yang dipohon; c. memaklumkan kelulusan permohonan CTG mengikut pasangan kepada Ketua Perkhidmatan; d. merekodkan kelulusan CTG mengikut pasangan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti pegawai; e. mengemaskini urusan perkhidmatan pegawai yang sedang CTG mengikut pasangan seperti pengesahan dalam perkhidmatan, merekodkan keputusan peperiksaan kerajaan dan pergerakan gaji secara isyarat; f. memastikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh pegawai diisi atau dilaksanakan tugasnya melalui kaedah yang telah ditetapkan di perenggan 12; g. memantau pegawai yang diluluskan kemudahan CTG mengikut pasangan supaya mematuhi peraturan berkaitan yang berkuat kuasa; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy