Kemudahan Cuti

23  SR.5.1.4 h. memastikan pegawai melaporkan diri bertugas sebaik sahaja tempoh CTG mengikut pasangan tamat. Prosiding tatatertib hendaklah diambil segera sekiranya pegawai tidak melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat CTG atau pada tarikh pegawai diarah melapor diri bertugas. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 26. Pegawai hendaklah mengambil tindakan berikut: a. mengemukakan permohonan CTG mengikut pasangan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh mula bercuti menggunakan borang permohonan di Lampiran SR.5.1.4; b. mula bercuti mengikut pasangan mulai tarikh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus; c. mematuhi peraturan sebagai pegawai awam semasa dalam tempoh CTG mengikut pasangan; d. kembali bertugas setelah tamat CTG mengikut pasangan. Sekiranya pegawai gagal melapor diri sebaik sahaja tamat CTG atau pada tarikh yang telah diarahkan, tindakan tatatertib boleh dikenakan; e. sekiranya bercadang menyambung tempoh CTG berkenaan, permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tempoh CTG yang berkuat kuasa tamat; f. menyempurnakan ikatan perjanjian dengan Kerajaan (jika ada) apabila kembali bertugas; g. mengemaskini maklumat perhubungan seperti nombor telefon dan alamat tempat tinggal terkini kepada Ketua Jabatan; dan h. mendapatkan perlindungan insuran (jika perlu). KEKECUALIAN 27. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mendapatkan pertimbangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy