Kemudahan Cuti

21  SR.5.1.4 17. Kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang diluluskan CTG mengikut pasangan hendaklah dirujuk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa. Kemudahan Perubatan 18. Pegawai yang pasangannya bukan pegawai agensi awam tidak layak sebarang kemudahan perubatan di luar negara yang dibiayai oleh Kerajaan. Bagi pegawai yang pasangannya pegawai agensi awam kemudahan rawatan perubatan di luar negara adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berkuat kuasa. Kemudahan Perlindungan Insurans 19. Pegawai digalakkan mendapatkan perlindungan insurans merangkumi rawatan perubatan, kecacatan kekal dan kematian/kos pengurusan/pengangkutan jenazah dan lainlain lagi dengan perbelanjaan ditanggung oleh pegawai. Kemudahan Cuti 20. Pegawai tidak perlu menghabiskan semua Cuti Rehat yang berkelayakan sebelum menggunakan kemudahan CTG mengikut pasangan. Walau bagaimanapun, baki cuti rehat yang tidak dihabiskan sebelum CTG akan luput tertakluk kepada peraturan sedia ada yang berkuat kuasa. 21. Secara prinsipnya, hanya satu kemudahan cuti boleh digunakan dalam satu masa. Justeru itu, pegawai yang telah diluluskan CTG mengikut pasangan adalah tidak layak menggunakan kemudahan cuti-cuti lain yang berkuat kuasa sepanjang tempoh CTG mengikut pasangan tersebut. 22. Kemudahan CTG mengikut pasangan di bawah Ceraian ini tidak menjejaskan kelayakan pegawai menggunakan kemudahan CTG di bawah Perintah Am 14 dan Perintah Am 52 Bab C (Cuti) Tahun 1974, atau pindaannya dari semasa ke semasa. Namun begitu, tempoh CTG mengikut pasangan ini adalah tidak diambil kira bagi tujuan tempoh perkhidmatan yang melayakkan1 untuk pengiraan cuti yang dikira berdasarkan tempoh perkhidmatan. 1 Perintah Am1(ix) Bab C (Cuti) Tahun 1974 - Perkhidmatan Yang Melayakkan bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri daripada masa-masa bertugas, Cuti Rehat dan Cuti Sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk Cuti Separuh Gaji, Cuti Tanpa Gaji, Cuti Haji, Cuti Sakit Tibi, Kusta dan Barah dan Cuti Belajar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy