Kemudahan Cuti

67  SR.5.4.1 Kelayakan 4. Kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut: 4.1. kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pegawai; 4.2. tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 90 hari. Walau bagaimanapun, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari2 bagi setiap kelahiran; dan 4.3. Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. 5. Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh kurang daripada 60 hari, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut: 5.1. Bagi pegawai selain guru: a) menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan b) jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan; dan c) jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. 5.2 Bagi guru: a) Semasa penggal sekolah, guru hendaklah: i) menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan ii) jika tidak mencukupi, Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari digunakan; dan iii) jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. 2 Tempoh mandatori minimum Cuti Bersalin ialah 60 hari bagi setiap kelahiran

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy