Kemudahan Cuti

66  CERAIAN SR.5.4.1 KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam adalah seperti yang diperuntukkan dalam Perintah Am 25 Bab C (Cuti) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2017: Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam. PELAKSANAAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN Tafsiran 3. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- “Cuti Bersalin” adalah cuti yang diberikan kepada pegawai wanita untuk bersedia dan pulih daripada bersalin; “Cuti Bersalin bergaji penuh” adalah Cuti Bersalin yang dibayar emolumen penuh mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan; “Cuti Bersalin separuh gaji” adalah Cuti Bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru selama 14 hari dalam penggal sekolah; “Cuti Bersalin tanpa gaji” adalah Cuti Bersalin yang tidak dibayar sebarang emolumen kepada pegawai yang telah menggunakan kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh dan Cuti Bersalin separuh gaji; “guru” adalah merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan wanita yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan; dan “pegawai” adalah merujuk kepada pegawai wanita Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (contract of service).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy