Kemudahan Cuti

68  SR.5.4.1 b) Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah: i) menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan ii) bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam cuti bergaji penuh. 6. Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut: 6.1. Bagi pegawai selain guru: a) menggunakan Cuti Rehat mulai dari tarikh bersalin; dan b) jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. 6.2. Bagi guru: a) Semasa penggal sekolah, guru hendaklah: i) menggunakan Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari; dan ii) jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gajidigunakan. b) Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam cuti bergaji penuh. 7. Panduan pilihan kemudahan Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari adalah seperti di Lampiran SR.5.4.1(A). 8. Cuti Bersalin separuh gaji dan Cuti Bersalin tanpa gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974 dan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974. 9. Tempoh Cuti Bersalin adalah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti penggal. Namun begitu, pengiraan Cuti Rehat dalam tempoh Cuti Bersalin adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy