Pencen

 PP.1.2.7 37 LATAR BELAKANG 3. Di bawah undang-undang pencen, orang tanggungan kepada anggota berpencen atau yang disifatkan bertaraf berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan boleh diberi ganjaran terbitan, pencen terbitan atau faedah-faedah lain. Walau bagaimanapun, ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa kepada anggota berpencen yang meninggal dunia dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak boleh diberi ganjaran terbitan tetapi tidak layak diberi pencen terbitan. 4. Kerajaan telah bersetuju untuk memberi ex-gratia terbitan sekaligus kepada ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa anggota berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak. Pemberian ini adalah sebagai tambahan kepada ganjaran terbitan atau caruman syer Kerajaan/majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau mana-mana kumpulan wang simpanan berserta faedah yang terakru. PELAKSANAAN 5. Ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa yang layak diberi ex-gratia terbitan adalah: i) ibu atau bapa yang masih hidup pada 1 Januari 2009 dan telah dibayar ganjaran terbitan; atau ii) ibu atau bapa yang masih hidup pada 1 Januari 2009 dan telah dibayar caruman syer Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan wang simpanan berserta faedah yang terakru, yang mana lebih berfaedah baginya berbanding ganjaran terbitan. 6. Jika ibu dan bapa seperti di perenggan 5(i) atau (ii) di atas telah meninggal dunia sebelum pembayaran ex-gratia terbitan dibuat, maka pembayarannya boleh dibuat kepada wakil diri di sisi undang-undang gemulah ibu atau bapa itu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy