Pencen

 PP.1.2.7 38 7. Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (selepas ini disebut “Bahagian ini”) bertanggungjawab meluluskan dan membayar ex-gratia terbitan. Bagi kes ganjaran terbitan, atau caruman syer Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan wang simpanan berserta faedah yang terakru, yang telah dibayar sebelum tarikh berkuat kuasanya Ceraian ini, kelulusan dan pembayaran ex-gratia terbitan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Bahagian ini. Bagi kes kematian dalam perkhidmatan yang berlaku pada atau selepas tarikh kuat kuasanya Ceraian ini, kelulusan dan pembayaran ex-gratia terbitan akan dibuat bersekali dengan urusan kelulusan pembayaran ganjaran terbitan tanpa memerlukan maklumat tambahan daripada Ketua Jabatan. 8. Dalam hal berlaku sebarang pertikaian (dispute) terhadap pemberian ex-gratia terbitan ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berhak untuk menentukan pihak yang sepatutnya diberi ex-gratia terbitan serta kadarnya. Penentuan ini adalah muktamad. Pengiraan Ex-Gratia Terbitan 9. Ex-gratia terbitan dikira berdasarkan formula berikut: 10. Formula pengiraan adalah berdasarkan: i) faktor pengiraan sebagaimana yang diguna pakai bagi pengiraan ganjaran terbitan, iaitu sama ada 1/20 bagi kematian gemulah yang berlaku sebelum 1 Januari 1995 atau 7.5% bagi kematian yang berlaku pada atau selepas tarikh tersebut; Ex-gratia terbitan = 1/20 atau 7.5% * x tempoh perkhidmatan x gaji akhir pada secara isyarat ganjaran terbitan yang telah dibayar atau caruman syer Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan wang simpanan semasa perkhidmatan gemulah berserta faedah yang terakru, mana yang berkenaan Mengikut faktor ganjaran terbitan yang terpakai bagi gemulah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy