Pencen

 36 CERAIAN PP.1.2.7 PEMBERIAN EX-GRATIA TERBITAN SEKALIGUS KEPADA IBU ATAU BAPA ANGGOTA BERPENCEN YANG MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN TANPA MENINGGALKAN BALU/DUDA ATAU ANAK TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pemberian ex-gratia terbitan sekaligus kepada ibu atau, sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa kepada anggota berpencen sektor awam yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak. TAFSIRAN 2. Bagi tujuan Ceraian ini: “anak” bermaksud anak kepada seseorang anggota berpencen yang layak diberi ganjaran terbitan, pencen terbitan atau faedah-faedah lain mengikut undang- undang pencen, sama ada anak kandung, anak angkat, anak tiri atau anak tak sah taraf; “anggota” bermaksud pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri serta pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan; “anggota berpencen” bermaksud — i) seseorang pegawai yang telah diberi taraf sebagai seorang pegawai berpencen di bawah Seksyen 7, Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau yang disifatkan sebagai seorang pegawai berpencen di bawah Seksyen 8, Akta 227; atau ii) seseorang pekerja yang telah diberi taraf sebagai pekerja berpencen di bawah Seksyen 6, Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] atau yang disifatkan sebagai seorang pekerja berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 239; atau iii) pegawai atau pekerja yang memperoleh taraf berpencen atau yang disifatkan bertaraf berpencen di bawah mana-mana undang-undang pencen yang lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy