Pencen

 PP.1.2.5 26 5. Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik faedah persaraan kepada pegawai yang dibersarakan atas sebab kesihatan mulai 1 Januari 2018. Penambahbaikan yang dipersetujui adalah melibatkan penambahan tempoh perkhidmatan yang akan memberi implikasi kepada pengiraan pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan seperti di Jadual 1 yang berikut: Jadual 1: Tempoh Perkhidmatan Bagi Pengiraan Pencen Perkhidmatan Dan Ganjaran Perkhidmatan Bagi Persaraan Atas Sebab Kesihatan Mulai 1 Januari 2018 Kategori Tempoh Perkhidmatan Sebenar (TPS) Tempoh Perkhidmatan Secara Isyarat Pencen Ganjaran 1 119 bulan dan kurang 240 bulan TPS + 120 bulan 2 120 - 240 bulan TPS + 120 bulan TPS + 120 bulan 3 241 - 359 bulan 360 bulan 360 bulan 4 360 bulan dan lebih 360 bulan1 TPS 1 Pengiraan pencen perkhidmatan bagi pegawai yang nıempunyai ternpoh perkhidmatan 360 bulan dan lebih adalah tertakluk kepada pengiraan pencen maksimum iaitu 60% daripada gaji akhir yang diterima. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran PP.1.2.5(A) hingga Lampiran PP.1.2.5(D). PELANTIKAN SEMULA PEGAWAI YANG TELAH DIBERSARAKAN ATAS SEBAB KESIHATAN 6. Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] membenarkan pegawai yang telah dibersarakan atas sebab kesihatan dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam. 7. Jika pegawai dilantik semula secara tetap ke dalam perkhidmatan awam,pegawai dianggap telah melepaskan keistimewaan pemberian faedah persaraan atas sebab kesihatan yang telah diterimanya, seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan 9, P.U.(A) 176/1980 atau Peraturan 9, P.U.(A) 134/1990, mengikut mana-mana yang berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy