Pencen

 PP.1.2.5 27 8. Bagi pegawai yang dilantik semula sebagai pegawai tetap dalam perkhidmatan awam, atau dilantik semula sebagai pekerja tetap dalam perkhidmatan pihak-pihak berkuasa berkanun dan tempatan, pencen yang diterimanya akan digantung menurut Seksyen 23, Akta 227 atau Seksyen 26, Akta 239, mengikut mana-mana yang berkenaan. 9. Pihak Berkuasa Melantik atau Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung dengan pelantikan semula secara tetap seseorang yang pernah dibersarakan atas sebab kesihatan. PEMBATALAN 10. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021: Penambahbaikan Faedah Persaraan Atas Sebab Kesihatan adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 11. Ceraian ini terpakai kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri serta pekerja pihak-pihak berkuasa berkanun dan tempatan. PENGECUALIAN 12. Ceraian ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibersarakan atas sebab kesihatan di bawah perenggan 10(5)(a) Akta 227 atau perenggan 10(5)(a) Akta 239 sebelum 1 Januari 2018. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy