Pencen

 25 CERAIAN PP.1.2.5 PENAMBAHBAIKAN FAEDAH PERSARAAN ATAS SEBAB KESIHATAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan penambahbaikan ke atas pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan. LATAR BELAKANG 2. Pegawai yang pada pandangan Ketua Jabatan tidak dapat melaksanakan tugas- tugas hakikinya disebabkan penyakitnya, boleh dibersarakan atas sebab kesihatan menurut perenggan 10(5)(a) Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau perenggan 10(5)(a) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] dengan berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995. Peruntukan di bawah Akta 227 dan Akta 239 digunakan bagi seseorang pegawai lantikan tetap yang telah disahkan dalam jawatannya, sama ada pegawai memilih Skim Pencen atau Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 3. Pegawai yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan terus dibayar pencen perkhidmatan, selain ganjaran perkhidmatan dan award wang tunai gantian cuti rehat, setelah tarikh persaraan berkuat kuasa. FAEDAH PERSARAAN 4. Pengiraan faedah persaraan bagi pegawai berpencen yang dibersarakan atas sebab kesihatan adalah tertakluk kepada peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencen 1980 [P.U. (A) 176/1980] atau peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Teınpatan 1990 [P.U. (A) 134/1990], mengikut mana-mana yang berkenaan.Pengiraan faedah persaraan untuk pegawai yang dibersarakan atas sebab kesihatan sebelum atau pada 31 Disember 2017 adalah mengikut tempoh perkhidmatan sebenar pegawai. Amaun pencen perkhidmatan yang kena dibayar hendaklah tidak kurang daripada satu per lima dan terhad kepada maksimum tiga per lima daripada gaji akhir pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy