Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-5 3.12 sekiranya sebarang peraturan yang dikeluarkan berkehendakkan supaya sesuatu urusan direkodkan dalam Buku Perkhidmatan berkenaan, maka ia hendaklah dipatuhi; 3.13 mendapatkan rekod perkhidmatan pegawai bagi tempoh perkhidmatan lepas jika pegawai pernah berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri), Pihak Berkuasa Tempatan atau lain-lain agensi Kerajaan; 3.14 jika melibatkan pegawai yang sedang berkhidmat dan rekod perkhidmatan telah ada sebelum Buku Perkhidmatan dibuka untuknya (seperti pegawai yang dilantik sebelum Buku Perkhidmatan diwujudkan atau sistem Buku Perkhidmatan belum/tidak diadakan), catatan rekod pegawai yang ada itu ditampal di muka surat 3 Buku Perkhidmatan dan catatan seterusnya dibuat di muka surat berikutnya; 3.15 bagi pegawai yang bertukar atau dilantik ke jawatan lain: (i) Buku Perkhidmatan hendaklah dihantar ke agensi baru pegawai berkenaan setelah disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa di agensi asal selepas catatan terakhir; (ii) Ketua Jabatan yang baru tidak boleh membuat catatan sehingga maklumat yang telah direkodkan sebelumnya telah disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan lama pegawai. Nama dan jawatan pegawai yang mengesahkan hendaklah dinyatakan; (iii) semua maklumat mengenai urusan yang belum diselesaikan dan belum direkodkan dalam Buku Perkhidmatan semasa pegawai berkhidmat di agensi lama hendaklah dikemukakan kepada agensi baru. Ketua Jabatan baru adalah bertanggungjawab merekodkan urusan tersebut

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy