Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-4 3.6 pegawai hendaklah dibenarkan menyemak Buku Perkhidmatan masingmasing supaya dapat memastikan ketepatan maklumat yang terkandung di dalamnya. Ketua Jabatan bolehlah merancang jadual pemeriksaan untuk dipatuhi oleh pegawai. Walau bagaimanapun, penyemakan hendaklah dilakukan di bawah pengawasan seorang pegawai yang bertanggungjawab menguruskan Buku Perkhidmatan; 3.7 bagi memastikan semua butiran telah dicatat dengan betul dan tepat, semua rekod hendaklah dikemas kini oleh Jabatan dengan kerjasama pegawai dalam tempoh dua (2) tahun sebelum persaraan; 3.8 bagi pegawai yang akan bersara dalam tempoh satu (1) tahun, perkaraperkara berikut hendaklah dicatat dan dikemaskini: (i) semua maklumat gaji akhir seperti kenaikan gaji atau pelarasan gaji; (ii) pengesahan jawatan terakhir; dan (iii) kenaikan pangkat dan pelarasan gaji akhir bagi gred kenaikan pangkat. 3.9 kesilapan yang terdapat di dalam Buku Perkhidmatan hendaklah dibuat pembetulan berdasarkan bukti-bukti berdokumen yang sahih; 3.10 semua maklumat hendaklah direkodkan dengan lengkap mengikut ruangan yang ditetapkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa; 3.11 mengadakan semakan secara berkala bagi memastikan Buku Perkhidmatan diselenggarakan dengan sempurna serta maklumat di dalamnya direkodkan dengan tepat;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy