Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-6 dalam Buku Perkhidmatan berdasarkan dokumen yang sahih dan mengambil tindakan sewajarnya, jika perlu; dan (iv) Buku Perkhidmatan pegawai hendaklah dihantar dengan selamat mengikut apa-apa kaedah yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan. Dalam keadaan tertentu, Ketua Jabatan digalakkan menggunakan kaedah yang ditetapkan dalam Arahan Keselamatan bagi tujuan penghantaran Buku Perkhidmatan. 3.16 bagi pegawai yang telah meninggal dunia dalam perkhidmatan, butiran kematian hendaklah dicatatkan seperti tarikh dan sebab kematian. Tanggungjawab Pegawai 4. Pegawai bertanggungjawab ke atas Buku Perkhidmatan mereka dengan melaksanakan tindakan berikut: 4.1 memberikan maklumat peribadi yang diperlukan bagi tujuan penyediaan Buku Perkhidmatan kepada Ketua Jabatan semasa melaporkan diri bertugas kali pertama, bertukar atau dilantik ke jawatan lain. Pegawai dari semasa ke semasa hendaklah memaklumkan kepada Ketua Jabatan mengenai perubahan maklumat yang telah diberikan; 4.2 menyemak Buku Perkhidmatannya sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan maklumat perkhidmatan kemas kini terutamanya dalam tempoh dua (2) tahun sebelum mencapai umur persaraan wajib bagi memastikan urusan pembayaran faedah persaraan tidak terjejas. Pegawai juga boleh memohon untuk mendapatkan salinan Buku Perkhidmatan daripada Ketua Jabatannya;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy