Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-3 Tanggungjawab Ketua Jabatan 3. Ketua Jabatan bertanggungjawab menguruskan Buku Perkhidmatan pegawai di bawah tanggungjawabnya dengan melaksanakan tindakan berikut: 3.1 menentukan tiap-tiap maklumat yang direkodkan dinyatakan punca kuasa iaitu rujukan surat kebenaran atau kuasa yang diperoleh daripada keputusan Kerajaan, Pihak Berkuasa Melantik, Lembaga, Majlis, Jawatankuasa, pekeliling-pekeliling, surat pekeliling atau sebarang peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa; 3.2 memastikan pegawai yang bertanggungjawab mengesahkan setiap butiran yang direkod. Pegawai tersebut hendaklah berpuas hati dan memastikan kebenaran/kesahihan maklumat sebelum menurunkan tandatangannya. Pegawai tidak boleh membuat pengesahan maklumat di dalam Buku Perkhidmatannya sendiri; 3.3 Buku Perkhidmatan bagi setiap pegawai hendaklah diberi nombor atau kod supaya menyenangkan rujukan dan mudah dikenali; 3.4 kesilapan catatan hendaklah dibatalkan dengan cara menggaris ke atas kesilapan catatan tersebut (tidak boleh dipadam atau ditampal) dengan dakwat merah dan ditandatangani ringkas oleh pegawai yang bertanggungjawab mengesahkan semua butiran yang direkodkan dengan menggunakan pen dakwat kekal (hitam atau biru); 3.5 Buku Perkhidmatan hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan berkunci dan diselenggara oleh pegawai yang bertanggungjawab;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy