Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-53 (g) jika jabatan membenarkan pelanggan mencetak sendiri dokumen atau borang yang dikeluarkannya, jabatan berkenaan hendaklah menyatakan kebenaran ini secara jelas; dan (h) Jabatan yang hendak menyediakan borang baru bagi Siri Am, Siri Kewangan dan Siri Jabatan perlu mendapatkan nasihat dan kelulusan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri dan Perbendaharaan Malaysia. Jika ia melibatkan aspek perundangan, kelulusan Jabatan Peguam Negara perlu diperolehi. Jika ianya melibatkan hasil, nasihat Ketua Audit Negara hendaklah dipinta bagi memastikan sama ada ianya patut dikawal bagi maksud audit. Selepas kelulusan diperolehi, borang tersebut bolehlah dicetak mengikut peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Kawalan Penggunaan 10.5. Ketua Jabatan bertanggungjawab ke atas kawalan inventori dan bekalan pejabat mengikut kaedah yang berkuat kuasa. Untuk mencegah pembaziran, kehilangan, kerosakan dan penyalahgunaan, langkah berikut hendaklah diambil: (a) merekod dengan lengkap, tepat dan diberi nombor kawalan serta disimpan dengan selamat; (b) pengeluaran hendaklah bagi tujuan rasmi sahaja berdasarkan anggaran keperluan semasa; (c) pengeluaran perlu dilulus dan direkodkan di dalam daftar yang ditetapkan; (d) pengeluaran hendaklah dilaksanakan secara masuk dahulu keluar dahulu (MDKD); (e) mewujudkan sistem kawalan menggunakan aplikasi Teknologi Maklumat (IT) bagi memantau penggunaan inventori bekalan pejabat selaras dengan peraturan kewangan yang berkuat kuasa; (f) sekiranya berlaku kehilangan, Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan dan menghapuskan mengikut peraturan yang berkuat kuasa; dan (g) kecuaian dan penyalahgunaan oleh mana-mana pegawai yang boleh mendatangkan kerugian kepada Kerajaan akan dikenakan surcaj dan/atau tindakan tatatertib.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy