69 Penyelenggaraan 10.7 Ketua Jabatan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan aktiviti penyelenggaraan bekalan pejabat dibudayakan oleh setiap pegawai. Untuk merealisasikan perkara ini tindakan berikut hendaklah diambil: (a) penyelenggaraan dibuat secara terancang mengikut jadual yang ditetapkan melainkan jika berlaku kerosakan yang memerlukan penyelenggaraan segera; (b) di mana perlu mengadakan perjanjian perkhidmatan penyelenggaraan dengan pembekal atau dengan pihak-pihak yang berkepakaran mengikut peraturan perolehan yang berkuat kuasa dan memastikan perjanjian tersebut dipatuhi sepenuhnya; (c) penyelenggaraan hendaklah disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa; (d) merekodkan aktiviti penyelenggaraan secara kemas kini dan menyimpan rekod tersebut dengan selamat; dan (e) menilai program penyelenggaraan bagi: (i) menentukan matlamat program penyelenggaraan tercapai; (ii) mengenal pasti usaha-usaha penyelengaraan yang dijalankan; dan (iii) membantu membuat keputusan menyewa atau membeli bekalan pejabat. Pemeriksaan 10.8 Ketua Jabatan/Pegawai Pemeriksa yang dilantik hendaklah mengadakan pemeriksaan berkala dan secara mengejut ke atas inventori dan bekalan pejabat mengikut peraturan yang ditetapkan bertujuan memastikan: (a) baki dalam buku rekod adalah sama dengan baki dalam simpanan; (b) berkeadaan sempurna; (c) tempoh penggunaan masih belum luput;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy