Panduan Pentadbiran Dan Pengurusan Pejabat

 67 10.3. Urusan perolehan, penyelenggaraan dan pergerakan inventori dan bekalan pejabat hendaklah mematuhi undang-undang, peraturan dan prosedur pengurusan yang berkuat kuasa. Perolehan 10.4. Dalam menguruskan perolehan inventori dan bekalan pejabat, Ketua Jabatan hendaklah merancang dengan teliti dan mematuhi peraturan berikut: (a) bagi perolehan yang memerlukan kelulusan pihak tertentu, kelulusan pihak berkenaan hendaklah diperolehi terlebih dahulu; (b) bagi item-item yang ada dalam Kontrak Pusat pembelian hendaklah dibuat melalui Kontrak Pusat yang ditetapkan; (c) pembelian di luar Kontrak Pusat hendaklah dibuat mengikut kaedah pembelian selaras dengan peraturan kewangan yang berkuat kuasa; (d) semua perolehan yang diterima daripada pembekal hendaklah diperiksa untuk memastikan ianya memenuhi spesifikasi yang ditetapkan; (e) pesanan bagi borang bercetak, dokumen keselamatan atau dokumen lain hendaklah dibuat dengan syarikat percetakan yang ditetapkan oleh Kerajaan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa; percetakan dokumen yang tidak melibatkan unsur-unsur keselamatan dan kos tambahan boleh dicetak sendiri oleh Jabatan / Kerajaan; (g) jika jabatan membenarkan pelanggan mencetak sendiri dokumen atau borang yang dikeluarkannya, jabatan berkenaan hendaklah menyatakan kebenaran ini secara jelas; dan (h) Jabatan yang hendak menyediakan borang baru bagi Siri Am, Siri Kewangan dan Siri Jabatan perlu mendapatkan nasihat dan kelulusan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri dan Perbendaharaan Malaysia. Jika ia melibatkan aspek perundangan, kelulusan Jabatan Peguam Negara perlu diperolehi. Jika ianya melibatkan hasil, nasihat Ketua Audit Negara hendaklah dipinta bagi memastikan sama ada ianya patut dikawal bagi maksud audit. Selepas kelulusan diperolehi, borang tersebut bolehlah dicetak mengikut peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy