Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

1-51 BAHAGIAN X INVENTORI DAN BEKALAN PEJABAT Pendahuluan 10.1. Inventori ialah barang-barang tak luak yang bernilai kurang daripada RM500.00 setiap satu pada masa perolehan termasuklah perabot, permaidani, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira kos. 10.2. Bekalan pejabat terdiri daripada semua barang luak dan tak luak yang mana setiap satunya bernilai rendah dan tidak ekonomik untuk dikesan penempatannya secara satu persatu. Bekalan pejabat merupakan alat tulis dan kelengkapan pejabat yang mana adalah aset dalam melaksanakan tugas rasmi. Alat tulis dan kelengkapan ini boleh dikategorikan seperti berikut: (a) Alat Tulis Contoh: Kertas, kepala surat, sampul surat, pen, disket, klip kertas, pelekat, rubber stamp, marker pen dan yang seumpamanya. (b) Borang Contoh: Siri Am, Siri Kewangan dan Siri Jabatan. (c) Mesin Pejabat Contoh: Komputer, pencetak, mesin penyalin, projektor, mesin perincih, mesin pengimbas, mesin perakam waktu dan yang seumpamanya. (d) Perabot dan Perkakas Contoh: Kerusi, meja, almari, rak, kabinet, peti besi, papan putih, kipas angin mudah alih dan yang seumpamanya. (e) Peralatan Komunikasi Contoh: Telefon, mesin faksimili, telefon bimbit, walkie talkie,interkom, alat siaraya, televisyen, radio dan yang seumpamanya. (f) Kelengkapan Lain Contoh: Pasu bunga, pokok-pokok hiasan, tanda arah (signage) dan yang seumpamanya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy