Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-50 9.25. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan sebarang sistem aplikasi yang dibangunkan oleh jabatan perlu disertakan dengan dokumentasi sistem (sistem spesifikasi, manual pengoperasian dan manual pengguna) dan melaksanakan penduaan (backup) bagi pangkalan data dan kod pengaturcaraan sistem. Laman Web Jabatan 9.26. Laman web jabatan merupakan salah satu saluran maklumat dan perkhidmatan atas talian (online) kepada orang awam. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan maklumat terperingkat tidak dipaparkan di laman web dan tidak melanggar mana-mana peraturan keselamatan Kerajaan. 9.27. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan laman web jabatan dibangun dan diselenggarakan dengan berkesan agar maklumat yang terkandung sentiasa dikemas kini mengikut peraturan semasa yang berkuat kuasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy