Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-29 (f) sistem-sistem telefon lain yang diperkenalkan hendaklah dipastikan berkesan dan dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Sistem Dan Prosedur Kerja 5.3. Ketua Jabatan hendaklah mengadakan sistem dan prosedur kerja yang teratur, jelas dan difahami oleh semua pegawai di jabatan. Ketua Jabatan hendaklah juga mengambil tindakan bagi mengemas kini sistem dan prosedur kerja untuk memastikan perkhidmatan yang diberi telus, cepat dan berkesan serta menutup ruang dan peluang bagi sebarang amalan negatif dengan mengambil langkah-langkah berikut: (a) menyemak dan mengkaji semula sistem dan prosedur kerja dengan tujuan untuk mempermudah sistem dan prosedur kerja tersebut dan memendekkan tempoh masa yang diambil bagi sesuatu urusan; (b) mewujudkan Pusat Perkhidmatan Setempat (One Stop Centre) untuk menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan, terutamanya permohonan yang memerlukan input dan ulasan daripada pelbagai jabatan, termasuk jabatan dalaman dan jabatan atau agensi luaran. Antara lain, tanggungjawab Pusat Perkhidmatan Setempat ini termasuk menerima permohonan daripada pelanggan, mendapatkan input atau ulasan daripada jabatan-jabatan dalaman dan agensi luaran yang berkaitan dan seterusnya memproses permohonan tersebut untuk pertimbangan dan kelulusan. Dengan penubuhan Pusat Perkhidmatan Setempat ini pelanggan tidak perlu pergi dari satu jabatan ke satu jabatan lain untuk mendapatkan kelulusan bagi sesuatu jenis permohonan; (c) mempamerkan carta aliran proses kerja bagi sesuatu jenis permohonan di tempat-tempat yang sesuai (contohnya, di ruang menunggu) untuk makluman dan rujukan pelanggan; (d) menyedia dan mempamerkan senarai semak dan kriteria yang digunakan dalam memproses kelulusan sesuatu jenis permohonan di tempat-tempat yang sesuai untuk makluman dan rujukan pelanggan; (e) mengeluarkan surat akuan terima ke atas setiap permohonan yang diterima dan perlu diproses selanjutnya; dan (f) memaklumkan pelanggan, dalam tempoh yang munasabah, mengenai status sesuatu permohonan dan jangka masa yang diperlukan untuk memproses permohonan tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy