Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-30 Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja 5.4. Ketua Jabatan hendaklah: (a) menggubal Manual Prosedur Kerja yang komprehensif bagi jabatannya; (b) memastikan setiap pegawai mempunyai Fail Meja yang lengkap dan kemas kini; dan (c) Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja hendaklah dikemas kinikan pada setiap masa. Borang Permohonan 5.5. Borang yang disediakan hendaklah ringkas dan memenuhi kehendak atau tujuannya. Borang yang digunakan hendaklah juga dikemas kini dengan mengambil langkah-langkah berikut: (a) mengkaji kesesuaian bagi mengurang atau menghapuskan penggunaan borang bagi urusan tertentu; (b) mengkaji kesesuaian bagi menggabungkan borang-borang yang digunakan untuk sesuatu urusan; (c) mengkaji kesesuaian untuk memperkenalkan borang komposit bagi beberapa jenis permohonan; (d) menentukan setiap borang yang digunakan dengan hanya meminta maklumat yang perlu dan berkaitan sahaja; dan (e) menyediakan kemudahan untuk orang ramai mendapatkan borang daripada pelbagai saluran, termasuk borang yang boleh dimuat turun (download) melalui laman web. Lesen Dan Permit 5.6. Lesen dan permit yang dikeluarkan hendaklah selaras dengan tujuan ianya diadakan. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa mengemas kini lesen dan permit yang dikeluarkan dengan mengambil inisiatif berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy