Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-28 (j) memastikan pegawai yang bertugas di kaunter sentiasa mesra, berbudi bahasa dan memberi senyuman semasa berurusan dengan pelanggan. Mereka hendaklah diberi latihan sewajarnya; (k) melantik penyelia kaunter bagi memastikan kelicinan urusan perkhidmatan kaunter dan memantau pelaksanaan peraturan yang ditetapkan; dan (1) Ketua Jabatan hendaklah membuat pemantauan bagi memastikan tahap perkhidmatan kaunter yang cekap dan berkesan diberikan kepada pelanggan. Perkhidmatan Telefon Berkualiti 5.2. Ketua Jabatan hendaklah meningkatkan kualiti layanan perkhidmatan telefon dengan melaksanakan langkah-langkah berikut: (a) memastikan layanan perkhidmatan telefon yang diberikan adalah cekap, berkesan dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan; (b) memastikan telefonis atau pegawai yang menyambut telefon sentiasa mesra, sopan dan berbudi bahasa semasa melayani panggilan. Jika perlu mereka hendaklah diberi latihan atau latihan semula mengenai etika dan tatacara berkomunikasi melalui telefon; (c) membekalkan maklumat yang tepat, lengkap dan terkini mengenai organisasi kepada telefonis atau pegawai bagi membolehkannya melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan; (d) memastikan sistem telefon yang digunakan boleh diprogramkan supaya panggilan yang telah disambungkan kepada talian yang dikehendaki tetapi tidak dijawab dalam tempoh enam (6) deringan akan dikembalikan semula kepada telefonis; (e) memastikan mesej rakaman yang digunakan di dalam sistem answering machine adalah mesra pelanggan, ringkas, jelas dan tidak memerlukan pemanggil untuk menunggu lama bagi mendapatkan perkhidmatan yang dikehendaki. Sistem telefon yang menggunakan kemudahan answering machine ini juga hendaklah diprogram untuk menyambungkan panggilan yang diterima kepada telefonis/operator sebaik sahaja mesej dalam answering machine telah diulang sebanyak dua (2) kali; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy