Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-27 BAHAGIAN V SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN Perkhidmatan Kaunter 5.1. Semua jabatan Kerajaan, terutamanya yang berurusan terus dengan pelanggan hendaklah mengadakan perkhidmatan kaunter. Kaunter yang disediakan hendaklah sesuai, mesra pelanggan dan menepati peraturan yang ditetapkan. Perkhidmatan kaunter boleh dipertingkatkan dengan melaksanakan langkah-langkah berikut: (a) menyediakan jumlah kaunter yang mencukupi berasaskan bilangan pelanggan yang berkunjung agar pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan; (b) seberapa boleh memusatkan semua perkhidmatan kaunter di satu lokasi bagi menyenangkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan tanpa perlu ke kaunter yang ditempatkan di beberapa lokasi mengikut bahagian atau jabatan; (c) menyediakan pelbagai perkhidmatan di setiap kaunter, termasuk penerimaan bayaran; (d) menyediakan kaunter khas untuk memberi perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya, warga emas, ibu mengandung dan yang membawa anakanak kecil serta kes-kes kecemasan; (e) menyediakan sistem giliran yang boleh memberi keselesaan kepada pelanggan; membuka kaunter pada masa yang ditentukan; (g) menyediakan borang maklum balas kepuasan pelanggan di setiap kaunter bagi membolehkan pelanggan memberi maklum balas terhadap layanan yang diberikan; (h) menyediakan peti cadangan bagi membolehkan pelanggan memberi cadangan; (i) membuat analisis berkala ke atas maklum balas yang diterima melalui borang maklum balas yang diterima dan mengambil tindakan sewajamya ke arah meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy