Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-3 Senarai Tugas 1.6. Ketua Jabatan bertanggungjawab menyediakan senarai tugas setiap pegawai di agensinya. Senarai tugas ini hendaklah menunjukkan dengan jelas hubung kait antara pegawai dengan penyelianya, dengan pegawai bawahan serta rakan sejawat dalam organisasi yang sama. Senarai tugas hendaklah sentiasa diteliti dan dikemas kini oleh pegawai penyelia melalui perbincangan dengan pegawai terutama sekiranya berlaku: (a) pertukaran dasar Kerajaan atau objektif jabatan; (b) penstrukturan semula organisasi; (c) pengurangan atau penambahan fungsi jabatan; (d) pengurangan atau penambahan jumlah kakitangan; atau (e) perubahan dalam sistem atau cara bekerja. Kemudahan Komunikasi 1.7. Kemudahan komunikasi adalah penting sebagai mekanisme perhubungan untuk memudahkan urusan pentadbiran Kerajaan. Kini terdapat pelbagai jenis alat komunikasi yang boleh digunakan oleh Jabatan Kerajaan, antaranya termasuklah: (a) Perkhidmatan Pos; (b) Telegram; (c) Telefon dan telefon bimbit; (d) Faksimili; (e) Persidangan video; (f) Kaedah komunikasi manual; dan (g) Kemudahan komunikasi lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy