Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-4 1.8. Alat komunikasi yang disediakan oleh Kerajaan adalah untuk memudahkan pegawai melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Oleh itu ianya hendaklah digunakan dengan berhemah dan dihadkan kepada urusan rasmi sahaja. Penggunaan untuk urusan peribadi tidak digalakkan. Sekiranya digunakan, kosnya hendaklah ditanggung oleh pegawai. Perkhidmatan Pos 1.9. Jabatan dikehendaki membayar semua perkhidmatan bagi penghantaran surat dan bungkusan. Bayaran boleh dibuat melalui cara-cara berikut: (a) pembelian setem secara tunai atau pesanan tempatan; (b) menggunakan Mesin Franking, (c) kemudahan pos jelas; (d) kemudahan pembayaran secara atas talian (online), dan (e) sistem bayaran lain yang ditetapkan. 1.10. Penghantaran surat dan bungkusan melalui pos berdaftar hendaklah dibuat apabila bukti penghantaran dan penerimaan diperlukan. Penghantarannya hanya dibenarkan dalam keadaan berikut: (a) dikehendaki mengikut peraturan keselamatan; (b) bukti penghantaran dan penerimaan diperlukan dari segi undang-undang; dan (c) barang yang berharga atau mempunyai nilai kewangan. 1.11. Hanya penghantaran surat dan bungkusan yang perlu disegerakan sahaja boleh dihantar melalui perkhidmatan kurier.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy