Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 33 PO.1.1.7 Bil. Perkara Jenis Pelangkauan Gred Contoh Kuasa Melulus 3. Dalam skim perkhidmatan bersepadu Pegawai Gred 29 menanggung kerja Gred 41/42 Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29 menanggung kerja Pegawai Pendaftaran Gred KP41/42 KSU/ KP Panduan Pengecualian Melibatkan Organisasi Berada Di Lokasi Berlainan Dan Melebihi Lingkungan 25 KM 7. “Melebihi 25 km” bermaksud berada di lokasi berlainan dan berada di luar lingkungan 25 km iaitu kedudukan antara dua premis pejabat di bawah jabatan yang sama. Penanggungan kerja diperlukan bagi melaksanakan tugas dalam keadaan seperti berikut: (i) tiada pegawai lain yang mempunyai kelayakan, kemahiran atau syarat khas dan lain-lain syarat yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan di premis pejabat tersebut; dan (ii) kemunasabahan dari segi jarak serta proses perakuan/pembayaran elaun atau emolumen boleh dilaksanakan secara teratur selari dengan pelaksanaan urusan penanggungan kerja. Panduan Pengecualian Melibatkan Penanggungan Kerja Bagi Kerja/Tugas Yang Memerlukan Kelayakan, Kemahiran Atau Syarat Khas Dan Lain-Lain Syarat Yang Ditetapkan Oleh Skim Perkhidmatan 8. Peraturan penanggungan kerja bagi tugas yang memerlukan kelayakan atau syarat khas hendaklah memenuhi syarat dan keperluan tersebut sebagaimana perenggan 7, PO.1.16. Kuasa melulus pengecualian syarat penanggungan kerja tersebut diturunkan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) kepada Ketua Jabatan. 9. Mana-mana tugas yang memerlukan kelulusan atau kelayakan tertentu di bawah peraturan atau undang-undang yang berkaitan hanya boleh diperakukan penanggungan kerja kepada pegawai yang berkelayakan sebagaimana yang diperuntukkan oleh peraturan atau undang-undang yang berkaitan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy