Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 32 PO.1.1.7 Semasa ketiadaan Ketua Setiausaha atau Ketua Pengarah, kuasa melulus yang diturunkan melalui garis panduan ini boleh dilaksanakan oleh pegawai yang telah diarahkan melaksanakan tugas Ketua Setiausaha atau Ketua Pengarah tersebut. Panduan Pengecualian Melibatkan Pelangkauan Melebihi Dua (2) Gred Yang Lebih Tinggi 5. “Melangkau dua (2) gred” bermaksud gred jawatan yang hendak ditanggung kerja itu melebihi dua (2) gred daripada gred hakiki pegawai yang diperaku menanggung kerja. Bidang tanggungjawab gred jawatan ditanggung kerja hendaklah tidak terlalu berat dibandingkan dengan kebolehan pegawai yang diperakukan. Ketua Jabatan semasa menimbangkan perakuan penanggungan kerja hendaklah mengambil kira faktor “kemunasabahan” dan “beban tanggungjawab” jawatan yang hendak ditanggung kerja termasuk keberkesanan pelaksanaan tugas secara tanggung kerja. 6. Penurunan kuasa melulus bagi penanggungan kerja yang melebihi dua gred yang melibatkan skim perkhidmatan yang sama dan juga skim perkhidmatan yang berbeza ialah seperti contoh di Jadual 1. Jadual 1: Contoh Kuasa Melulus bagi Pengecualian Peraturan Penanggungan Kerja Melangkau Melebihi Dua (2) Gred Bil. Perkara Jenis Pelangkauan Gred Contoh Kuasa Melulus 1. Dalam skim perkhidmatan yang sama Pegawai Gred 41 menanggung kerja Gred 52 Pegawai Psikologi Gred S41 menanggung kerja Pegawai Psikologi Gred S52 KSU/ KP 2. Dalam skim perkhidmatan yang berbeza (Skim Perkhidmatan yang mempunyai perbekalan Peningkatan Secara Lantikan) Pegawai Gred 32 menanggung kerja Gred 44 Penolong Pegawai Pertanian Gred G32 menanggung kerja Pegawai Pertanian Gred G44 KSU/ KP Pegawai Gred 19 menanggung kerja Gred 29 Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 menanggung kerja Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy