Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 34 10. Bagi syarat-syarat di bawah skim perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh KPPA, pengecualian syarat skim perkhidmatan bagi tujuan penanggungan kerja tersebut diturunkan kepada Ketua Jabatan. Manakala pengecualian bagi syarat-syarat lain yang bukan di bawah KPPA, ia hendaklah dilaksanakan oleh Ketua Jabatan sebelum pertimbangan permohonan penanggungan kerja diluluskan. 11. Ketua Jabatan dan Pengurusan Sumber Manusia Kementerian/Agensi adalah bertanggungjawab untuk memastikan syarat di perenggan 9 dipenuhi. Sekiranya Ketua Jabatan telah menentukan keputusan untuk tidak memperakukan penanggungan kerja dalam hal ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan tidak perlu dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Awam. 12. Ketua Jabatan boleh menetapkan garis panduan khusus bagi memperkemas keberkesanan dan kecekapan proses perakuan penanggungan kerja di satu-satu jabatan dengan syarat ia tidak bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Ceraian PO.1.1.6 dan Ceraian ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy