Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 21 CERAIAN PO.1.1.6 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan mengenai urusan penanggungan kerja dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Peraturan penanggungan kerja ini disediakan untuk disesuaikan dengan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia dan Peraturan 46, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012] yang menetapkan bahawa seseorang pegawai boleh diarah menanggung kerja tugas jawatan lain apabila dikehendaki demi kepentingan perkhidmatan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan. TAFSIRAN 3. Tafsiran bagi maksud Ceraian ini adalah: “hubungan taraf tinggi rendah” bermaksud pertalian antara jawatan dalam satu susunan kuasa (span of control) yang berbeza taraf atau grednya, di mana jawatan yang lebih tinggi itu bertanggungjawab secara langsung menyelia jawatan yang lebih rendah; “jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP)” bermaksud jawatan yang diwujudkan bagi membolehkan penempatan seseorang pegawai di mana gred hakikinya lebih tinggi atau rendah daripada gred hakiki jawatan; “kekosongan hakiki” bermaksud kekosongan jawatan yang wujud secara mutlak iaitu jawatan yang tidak mempunyai penyandang disebabkan oleh jawatan berkenaan baru diwujudkan sama ada melalui belanjawan tahunan atau waran perjawatan atau jawatan yang penyandangnya dinaikkan pangkat, bersara, meninggal dunia, meletak jawatan, dibuang kerja, ditamatkan perkhidmatan, dilantik ke skim perkhidmatan lain atau bertukar;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy