Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 20 PO.1.1.5 permohonan secara rasmi kepada Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan; dan (ii) mulai 1 Mac 2015, agensi tidak lagi dibenarkan untuk membuat penempatan secara pentadbiran. Sekiranya ada keperluan untuk mengalih daya mana-mana perjawatan berikutan arahan stakeholder atau keperluan projek/ program, agensi mesti mengemukakan permohonan untuk pindah butiran kepada BPO. Mana-mana agensi yang didapati masih melaksanakan penempatan secara pentadbiran, maka tindakan akan diambil terhadap Ketua Jabatan agensi berkenaan. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA.BPO(S)215/65/19 Jld. 2(12) bertarikh 31 Disember 2014: Dasar Penempatan Secara Pentadbiran adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 5. Tertakluk kepada penerimanya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy